Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kehilangan orang tersayang dalam hidup merupakan suatu perkara yang sangat berat untuk ditanggung. Apatah lagi insan tersebut bergelar suami yang mana sering sahaja menyokong kerjaya isteri.
Keadaan ini lah yang terpaksa dilalui selebriti cantik Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) apabila suami tercinta, Ashraf Sinclair meniggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari yang lalu.
Sejak dari itu, BCL lebih kerap mendiamkan diri dan kurang aktif di media sosial. Dia kini sedang berusaha melalui kehidupan saki baki tanpa insan tersayang di sisinya.
BCL MUAT NAIK STATUS PERTAMA KALI SEJAK PEMERGIAN SUAMI
Dalam perkembangan terbaru, setelah lama menyepi akhirnya BCL ada memuat naik status di IG story miliknya pada beberapa jam yang lepas sempena ulang tahun kelahiran yang ke-37 sekali gus mengubati rindu ramai peminat.
Dalam perkongsiannya itu, BCL meminta agar peminat mendoakan kesejahteraan buat Allahyarham suaminya disamping meminta agar orang ramai menjaga kesihatan dan kekal berada di rumah di musim wabak Covid-19 ini.
ADAM SINCLAIR TURUT TITIP KATA-KATA
Sudah pasti perkongsian ini mengubat rindu buat peminatnya yang sering kali tertanya-tanya keadaan terkini BCL.
Turut dilihat adik iparnya Adam Sinclair turut menitipkan ucapan dan memberikan kata-kata semangat sempena ulang tahun BCL ke-37 tahun.
Semoga BCL terus kuat untuk meniti hari-hari yang mendatang dan juga memegang amanah dalam membesarkan anak, Noah dengan baik.