Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perwatakan Ustaz Ebit Lew tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia sering sahaja menyantuni dan turun padang dalam membantu menyampaikan risalah agama kepada masyarakat.
Aura ini lah membuatkan ramai antara kita jadi berminat untuk mendekati agama dan juga kekal bersangka baik dalam setiap ujian yang Allah turunkan.
Ustaz Ebit Lew bercakap berlandaskan tindakan. Lihat sahaja beberapa hari yang lepas, oleh kerana bersimpati dengan petugas kesihatan yang berada dalam kepanasan, dia telah menyumbangkan penghawa dingin kepada pihak Hospital Shah Alam.
Tak kurang hebatnya apabila mengetahui kakitangan frontliner tak cukup masa mendapatkan makanan dalam mengatasi wabak Covid-19, dia pula meringkan tangan menghulurkan makanan segera KFC kepada unit kecemasan Hospital Sungai Buloh.
USTAZ EBIT LEW SEDEKAHKAN 10 RIBU PENUTUP MUKA
Tak cukup dengan itu, terbaru Ustaz Ebit Lew ada berkongsikan di laman Facebook miliknya beberapa jam yang lepas yang mana telah membeli 10,000 penutup muka atau face mask bagi diberikan kepada orang ramai.
Jelasnya tujuan dia berbuat sedemikian kerana difahamkan stok penutup muka ini telah pun kehabisan. Jadi dia menggunakan kesempatan ini untuk membantu masyarakat yang memerlukan.
HARGA MAHAL DARI KEBIASAANNYA
SIAPA YANG BERKEMAMPUAN, DIALUKAN UNTUK MEMBERI SUMBANGAN
Ustaz Ebit turut dilihat meletakkan nombor akaun bank di perkongsiannya itu bagi mana-mana pihak yang turut bermurah hati dalam menginfak bantuan kepada yang memerlukan kelak.
Semoga dengan perkongsian baik ini membuka mata ramai pihak yang berkemampuan turut serta dalam membantu serta membuat amal ketika masyarakat sedang dilanda musibah.