Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bantu Orang Miskin Cegah Covid-19, Daiya Trisha Murah Hati Hulur Derma RM7,000 Tarik Perhatian Netizen

Wabak Covid-19  memberikan kesan yang sangat mendalam kepada penduduk dunia ketika ini. Lihat sahaja keadaan terkini jumlah kes yang dijangkiti semakin meningkat saban hari.

ADA PIHAK MENGAMBIL KESEMPATAN, JUAL HARGA TINGGI

Antara kesan lain adalah permintaan terhadap pencuci tangan/hand sanitizer dan juga penutup muka yang semakin tinggi. Lihat sahaja keduanya itu sudahpun kehabisan stok dan sukar untuk didapati.

Yang mengecewakan adalah apabila wujud pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain, menjual barangan ini dengan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.

Oleh yang demikian, pihak yang berkemampuan diminta untuk menghulurkan bantuan kepada yang mememerlukan agar wabak ini dapat dihentikan dari terus berantaian kepada masyarakat sekitar.

DAIYAN TRISHA SUMBANGKAN RM7,000

Dalam menghargai saat getir ini, pelakon dan juga penyanyi iaitu Daiyan Trisha telah menghulurkan bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Difahamkan pelakon catik ini telah menyumbangkan sejumlah RM7,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), keluarga dan juga individu yang memerlukan. Ianya bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 ini kepada masyarakat yang berada dalam kesempitan.

Pelakon cantik ini ada memberitahu bahawa sumbangnya tidak lah sebesar mana dan inisiatif yang diberikan lebih kecil dari jumlah yang sepatut diterima orang ramai.

SERU ORANG RAMAI TURUT LAKUKAN PERKARA SAMA

Di kesempatan ini, dia menyeru mana-mana pihak yang berkemampuan turut sama menyumbang dan peruntukan sedikit kepada individu yang memerlukan.

Sebenarnya banyak sahaja platform untuk kita berkongsi sumbangan ini. Antaranya adalah Mercy Malaysia, IMARET, MyCARE dan beberapa lagi badan NGO yang lain.

Sudah pasti tindakan dari Daiyan Trisha ini mendapat reaksi positif dari warganet. Ramai antara mereka mengucapkan ribuan terima kasih dan bangga dengan sifat pemurah yang ditunjukkan.

Mereka turut meminta golongan yang berkemampuan lain jadikan kisah Daiyan Trisha ini sebagai contoh agar turut serta membantu. Kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita.

Justeru, sama-sama lah kita berganding bahu dalam membantu masayarat lain di saat negara kita berdepan dengan situasi genting ini. Semoga usaha Daiyan Trisha menjadi ikutan kepada artis berkemampuan yang lain kelak.

Kongsi artikel ini: