Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Stay At Home! Itu sahaja lah yang mampu kita buat untuk masa ini. Dalam masa sehari sahaja, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan empat lagi angka korban gara-gara Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8 orang.
SALAH SEORANG TERKORBAN RAKAN BAIK PAK NIL
Dan salah seorang dari jumlah mangsa tersebut merupakan sahabat kepada pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih selesa disapa sebagai Pak Nil.
Berita pemergian sahabatnya itu turut dikongsikan oleh Pak Nil menerusi laman Instagramnya pada beberapa jam yang lepas. Menurut Pak Nil, sahabatnya itu Idris bin Atan kembali ke Rahmatullah pada jam 3.30 petang tadi adalah mangsa ke-7 Covid-19.
MINTA TITIPKAN DOA BUAT SAHABATNYA
Bagi yang sesiapa pernah mengikuti Ig live Pak Nil sebelum ini pasti tahu penderitaan yang dialami oleh Allahyarham sepanjang menghidapi Covid-19. Dia turut meminta orang ramai mendoakan agar sahabatnya itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Perkara ini turut disahkan oleh anak Allahyarham yang dikenali sebagai Syahira Idris di laman Twitter miliknya sebentar tadi mengenai pemergiannya bapanya itu.
ANAK TERKILAN TAK DAPAT URUSKAN JENZAH BAPA
Hal yang membuatkan mereka berasa sedikit terkilan dan sedih adalah apabila mereka sekeluarga tidak dapat nak menguruskan jenzah bapanya sendiri kerana dia dan keluarga tidak dibenarkan untuk keluar dari hospital dan menjalani tempoh kuarantin.
Walau bagaimanapun mereka berasa sangat lega apabila dikhabarkan oleh pihak hospital bahawa ayah kesayangan mereka pergi dalam keadaan yang sangat tenang. Apa yang mampu mereka lakukan hanya lah doa dari jauh sahaja buat masa sekarang.
Suka penulis ingatkan bahawa sama-sama kita memandang serius dan menangani wabak ini bersama-sama. Tanpa kesedaran kita, sudah pasti ianya sukar untuk dibendung.
Kawal lah ahli keluarga, stay at home, ringankan beban kakitangan hospital yang sedang bertungkus lumus sibuk berdepan dengan masalah ini.