Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Polis Pun Tak Tahan Dengan Kedegilan Rakyat. “Jangan Sampai Saya Bertukar Jadi Azwan Ali” Jadi Trending

Semakin hari, berita mengenai wabak Covid-19 semakin membimbangkan kita semua. Laporan baru yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan 153 kes baru sehingga tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan 1183 kes yang dijangkiti wabak ini.

CATAT ANGKA KE-4 KEMTIAN

Bukan itu sahaja, yang paling membimbangkan apabila kemtian keempat melibatkan kes ke-238 telah direkodkan sehingga artikel ini ditulis.

Mangsa merupakan seorang warganegara lelaki yang berumur 50 tahun dan daripada kluster jemaah tabligh. Dimasukkan ke hospital dan mula mendapatkan rawatan pada 12 Mac yang lalu dan kemudiannya diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima.

Namun kesihatannya semakin merosot demi hari sehinggalah disahkan meniggal pada jam 10.30 pagi tadi.

MASIH BERDEGIL DAN KELUAR LEPAK

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menghormati keputusan kerajaan dalam menjaga kebersihan dan mengelakkan diri daripada berada di tempat awam bersesuaian dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Meski pun begitu, dapat dilihat menerusi media sosial bahawa masih ramai di antara kita yang berkeras dan bersenang lenang makan di kedai makan seolah-olah tidak menghiraukan dengan keadaan semasa.

Tak kurang hebatnya, semalam heboh apabila seorang lelaki dari Alor Setar, masih mampu membuat jamuan makan dan memperlihatkan ramai tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Melebih Sangat Dah Ni. Video Lelaki Bangga Langgar Arahan Kerajaan, Siap Adakan Jamuan Makan Kambing

POLIS DIKERAH UNTUK MENGAWAL

Disebabkan kejadian sebegini lah pihak polis dikerah untuk membuat rondaan dan memberi kesedaran terhadap orang ramai. Dan terbaru, tular satu rakaman yang mana memaparkan sekumpulan remaja masih berdegil dengan melepak di luar kawasan rumah.

Sehinggakan pihak polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk menghalau mereka agar kembali ke kediaman masing-masing. Yang menariknya adalah nasihat yang diberikan oleh anggota polis tersebut yang membuatkan ramai terhibur.

JANGAN SAMPAI SAYA BERTUKAR JADI AZWAN ALI

“Kerajaan suruh duduk dalam rumah masing-masing dan jangan keluar berkumpul. Jangan sampai saya bertukar jadi Azwan Ali!” Ujar anggota polis yang dimaksudkan.

Sikap degil ini lah yang menyukarkan lagi pengawalan wabak ini dari terus merebak. Jika masing-masing pentingkan diri, kemungkinan ianya sukar dibendung lagi.

Justeru, sama-sama kita bertanggungjawab kepada negara dan masyarakat sekeliling dengan hanya kekal berada di rumah. Dengan usaha ini, InsyAllah segalanya akan kembali baik seperti sediakala.

Kongsi artikel ini: