Gambar sekadar hiasan

Lihat sahaja di media sosial, orang ramai mula rasa cemas dengan angka korban yang dicatatkan gara-gara wabak Covid-19. Lihat sahaja di negara kita, Malaysia, setakat ini ianya telah mencatatkan 8 kemtian sehingga artikel ini ditulis.

Antara negara yang yang turut terkesan dengan wabak ini adalah Itali dan juga 160 buah negara yang lain sehinggakan WHO mengisytiharkan ianya sebagai wabak pandemik.

Gambar sekadar hiasan

WARGA EMAS ITALI SEMBUH MENGGUNAKAN UBAT PESAKIT EBOLA

Bagai ada sinar baru untuk mencegah wabak Covid-19 ini apabila terbaru di Milan, Itali dilaporkan lelaki warga emas berusia 79 tahun yang disahkan positif wabak ini kembali pulih.

Difahamkan pihak perubatan mereka telah merawat pesakit berkenaan dengan menggunakan ubat bagi pesakit yang menghidapi Ebola.

DUA KALI UJIAN NEGATIF

Pada awalnya warga emas berkenaan mendapatkan rawatan pada 7 Mac yang lalu. Hasil saringan ujian adalah negatif untuk dua kali sepanjang 12 hari dia berada di pengawasan pihak hospital.

Menurut Matteo Bassetti iaitu Pengarah Klinik Penyakit Berjangkit, dia sangat percaya ini adalah kali pertama kes Covid-19 dapat dipulihkan selepas ujian dua sampel diambil memberikan keputusan negatif.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, seorang pesakit wanita di Amerika Syarikat yang menghidapi wabak ini berada dalam keadaan kritikal namun dia akhirnya menunjukkan tanda-tanda positif selepas pihak hospital mereka menggunakan ubat yang sama bagi merawat pesakit Ebola.

SAINTIS CHINA TURUT MEMPERAKUI

Ubat ini diubahsuai untuk dimasukkan ke tubuh manusia lalu menjadi nucleotides, iaitu membentuk unit asas bagi DNA dan juga RNA molekul.

Bukan itu sahaja, saintis dari China turut memperakui bahawa ubat Ebola ini efektif untuk menghalang Covid-19 dan mampu memperlahankan simptom-simptom yang dibawa pesakit.

Sehubungan dengan itu, diharapkan ubat yang digunakan oleh pesakit Ebola ini mampu merawat pesakit Covid-19 juga memandangkan ianya suatu gejala buruk yang sedang melanda dunia masa kini.

Apa pun kita nanti kan penjelasan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara baik ini.

Kredit: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here