Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Korban Keempat, Jemaah Tabligh Selamat Dikebumikan Tanpa Ahli Keluarga Di Sisi

6 ORANG TERKORBAN ANGKARA COVID-19

Semestinya wabak Covid-19 ini tidak boleh dipandang remeh. Tengah hari tadi difahamkan seorang Jemaah tabligh dari Melaka mencatat korban ke-4 angkara wabak ini.

Tak lama kemudian, satu lagi berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila terdapat dua lagi kemtian menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban seramai 6 orang di Malaysia.

MANGSA KEEMPAT SELAMAT DIKEBUMIKAN

Berkenaan mangsa yang merupakan Jemaah tabligh dari Melaka dilaporkan meniggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di Hospital Melaka. Jenzahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Chohong, Jasin lebih kurang jam 2 petang tadi.

Allahyarham merupakan seorang warganegara lelaki yang berumur 50 tahun dan daripada kluster Jemaah tabligh. Dia mendapatkan rawatan sejak 12 Mac lepas namun kesihatannya semakin merosot demi hari.

“Dukacita dimaklumkan, sepanjang tempoh 24 jam lalu, dua kemtian kes Covid-9 dilaporkan. Kes kemtian ketiga telah dimaklumkan malam tadi di Twitter KKM Putrajaya.”
“Kes kemtian keempat melibatkan kes ke-238, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau adalah daripada kluster Jemaah tabligh.”

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Pun Tak Tahan Dengan Kedegilan Rakyat. “Jangan Sampai Saya Bertukar Jadi Azwan Ali” Jadi Trending

HANYA MELIBATKAN PETUGAS, IMAM DAN PENGGALI KUBUR

Pengurusan jenzah mangsa hanya melibatkan petugas, imam masjid dan juga penggali kubur. Manakala ahli keluarga dilarang untuk berada berhampiran sepanjang pengurusan dijalankan.

Hal ini bagi memastikan wabak tersebut tidak berantaian kepada ahli keluarga mahupun orang lain.

Selain itu, dilaporkan ahli keluarga Allahyarham turut berada hospital bagi menjalani rawatan dan juga proses kuarantin.

Konklusinya, semoga orang ramai dapat memandang serius isu wabak ini dan berhati-hati sepanjang proses Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung.

Kongsi artikel ini: