Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tiada siapa yang berkuasa kini melainkan Covid-19. Ianya suatu petanda dari Allah agar umat manusia kembali kepada fitrah asal dan mendekatkan diri kepadaNya.
Lihat sahaja angka kes yang kian meningkat. Dalam perkembangan terbaru, Malaysia telah mencatatkan penambahan 130 kes baru yang menjadikan angka keseluruhan yang dijangkiti wabak ini berjumlah 1030.
Ianya tidak boleh dipandang mudah kerana penularannya sangat sukar untuk dikenal pasti. Sehubungan dengan itu, pencegahan paling efektif adalah dengan mengasingkan diri kita daripada khalayak ramai.
Justeru, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan agar masyarakat di negara ini kekal berada di rumah hanya dalam tempoh 14 hari pelaksanaan.
PERDANA MENTERI MOHON TUNDA MAJLIS-MAJLIS PENTING
Umum faham, ada antara kita telah pun merancang aktiviti sebelum berlakunya bencana ini seperti majlis perkahwinan. Walau bagaimanapun kita perlu peka dan bertanggungjawab dengan situasi getir yang sedang melanda.
Sebolehnya tangguhkan dahulu majlis penting sehingga lah keadaan kembali reda. Kerajaan tidak terus menghalang bagi pasangan yang ingin meneruskan perkahwinan tetapi biar lah mematuhi arahan yang dikenakan.
MASIH DIBENARKAN TETAPI BERSYARAT
Menurut laporan dari Harian Metro, majlis akad nikah dibolehkan tetapi ianya mesti mengikuti syarat-syarat yang telah pun ditetapkan Jabatan Agama Islam.
SEDIAKAN CECAIR PENCUCI TANGAN
Selain itu, pihak pengantin juga harus peka dengan perlunya penyediaan cecair pencuci tangan (hand sanitizer), topeng muka dan juga jaga jarak antara individu agar tidak berlakunya wabak berantaian.
PASANGAN BERKAHWIN DI LUAR PAGAR RUMAH
Menghormati dengan keadaan semasa, heboh di media sosial apabila sepasang pengantin telah pun dinikahkan di luar pagar rumah tok kadi, bersesuaian dengan arahan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Agama Islam.
Video berkenaan telah dikongsikan oleh Norman Herbs di laman Facebook pada beberapa jam yang lalu.
Momen tersebut kelihatan agak sedikit janggal, namun perkara baik perlu dilaksanakan asalkan tidak bertentangan dengan agama dan juga perintah kerajaan.
Apa pun, semoga pasangan ini diberkati dan memperoleh barakah meskipun majlis tidak dapat dijalankan sebagai mana sempurna seperti yang lain.
Sama-sama kita doakan agar wabak ini dapat dibendung secepat yang mungkin dan sebagai masyarakat yang prihatin, kekal jaga kebersihan diri senantiasa.
Kredit: Facebook Norman Herbs