Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Risau Dengan Keadaan Wabak Semasa, Penyayi Aishah Kreatif Cipta Pelindung Muka Hanya Guna Botol Air

Penularan wabak Covid-19 sangat membimbangkan penduduk dunia. Lihat sahaja di negara kita, Malaysia, jumlah individu yang dijangkiti sudah pun meningkat ke angka 900 kes dalam masa beberapa hari sahaja.

BAKAL BERDEPAN GELOMBANG KETIGA JIKA RAKYAT TERUS BERKERAS

Berkemungkinan kita bakal berdepan dengan gelombang ketiga penularan wabak ini sekiranya rakyat masih berdegil untuk tidak mengikut arahan kerajaan agar sentiasa kekal berada di kediaman masing-masing.

Antara kesan lain dari isu ini adalah permintaan terhadap topeng muka dan juga hand sanitizer yang sangat tinggi sehinggakan kehabisan stok di pasaran.

Ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjual dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Sehubungan dengan ini, penyanyi senior tanah air iaitu Aishah mengambil pendekatan kreatif mencipta pelindung muka sendiri bagi berdepan dengan isu wabak berjangkit ini.

AISHAH CIPTA PELINDUNG MUKA GUNA BOTOL AIR

Aishah dalam perkongsiannya menunjukkan pelindung muka hanya menggunakan botol air. Idea ini tercetus apabila rakannya yang juga seorang doktor mencari pembalut buku plastik sebagai medium pelindung muka.

Penyanyi ini menyarankan orang ramai boleh mencuba mempraktikkan ideanya ini jika ingin berdepan khalayak ramai. Mungkin ia dilihat kelakar namun tidak ada salahnya demi menjaga kesihatan diri sendiri.

“This my friend, Dr.Nazlin, she is also an aesthetic doctor and also a GP, ALSO the president of my @aishahfcff_official. Walaupun dia tidak bertugas di hospital yang berhadapan dengan pesakit Covid19 secara terus, dia tetap berdepan dengan pesakit-pesakit yang berpotensi mengidap penyakit ini di kliniknya.”
“Tengahari tadi dlm Whatsapp group fc kami dia kelam kabut cari plastik yang selalu dijual di kedai buku. Masalahnya kedai buku semua tutup. Nasib baik, entah fail mana dia dah koyakkan plastik untuk buat face shield tu.”

TERLINTAS IDEA LEPAS TENGOK BOTOL AIR KOSONG

“Petang tadi tengah nak menguruskan sampah, I terpandang botol air yang kosong. An idea was triggered!! Inilah hasilnya, tolong jangan bahan gambar ‘doktor’ baru ni ek. Sekadar nak tunjuk saja.”
“Dengan menggunakan botol air ni kita boleh buat face shield sekiranya terpaksa keluar buat masa ini. Permukaan yang keras dan melengkung dengan senangnya menjadikannya a DIY face shield. Boleh adjust sendiri nak potong panjang mana.”

“Covid19 ni menurut Lin boleh dijangkiti melalui cecair dari mata dan sebagainya. Jadi, face shield begini memang perlu untuk frontliners ni. Tetapi, biasalah benda-benda macam ni semua sekarang terhad dan juga agak mahal.”
“So kita try yang ni. Take care Lin, and all the frontliners. Our prayers are with you guys always.” Kongsi panjang Aishah di Instagram miliknya beberapa jam yang lepas.

Justeru, sama-sama kita doakan agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala dan wabak ini dapat ditangani sebaik mungkin daripada terus berantaian.

Sumber: Instagram Wan Aishah Wan Ariffin

Kongsi artikel ini: