Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Melebih Sangat Dah Ni. Video Lelaki Bangga Langgar Arahan Kerajaan, Siap Adakan Jamuan Makan Kambing

Kecenderungan untuk membendung wabak Covid-19 dilihat semakin tipis gara-gara sikap masyarakat kita yang pentingkan diri sendiri.

Lihat sahaja di sekeliling kita saat ini, masih ada antara yang berani dan bersenang lenang untuk makan angin di tempat awam.

Meskipun mereka telah ambil maklum tentang mudahnya wabak ini untuk dijangkiti, namun masih lagi berdegil untuk berkumpul atau melepak di kawasan tumpuan ramai dan mengadakan aktiviti sosial.

ABANG BUAT ‘LOK LAK’ SIAP BUAT MAJLIS MAKAN-MAKAN

Terbaru, satu video telah menarik perhatian warganet apabila seorang lelaki dengan rasa bangganya telah merakam suatu majlis sosial yang dihadiri ramai tetamu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Aksi bangga tersebut sudah pasti mengundang rasa kurang selesa ramai kerana ianya mampu membentuk rangkaian wabak yang sudah pasti sukar untuk kita halang.

Lelaki berkenaan sedia maklum dengan arahan kerajaan untuk berada di rumah namun dia seakan tidak kisah dengan arahan tersebut malah meneruskan aktiviti sosial bersama rakan-rakannya yang lain.

TAK ENDAH DENGAN ARAHAN PIHAK BERKUASA

Seolah-olah mereka sengaja mengadakan jamuan berasaskan kambing dan berkumpul secara berkumpulan di sebuah kediaman yang difahamkan di sekitar Langgar, Alor Setar.

Aksi mereka ini bukan sahaja mencabar arahan dari pihak kerajaan malah mampu mengundang salah faham orang ramai selain memudahkan lagi penyebaran Covid-19.

Sehubungan dengan kejadian ini, pihak polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat individu dalam video berkenaan untuk tampil sebagai tindakan selanjutnya.

POLIS DAH MULA MENCARI

Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ada memberitahu bahawa arahan Perintah Kawalan Pergerakan adalah bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau arahan sesuka hati.

“Kita minta orang ramai yang mengenali individu dalam video atau lelaki itu sendiri tampil secepat mungkin untuk membantu siasatan.” Tegasnya lagi.

Justeru, semoga masyarakat kita lebih peka berkaitan arahan ini agar ianya tidak dipandang sambil lewa dan sama-sama kita membantu usaha kerajaan Malaysia menangani wabak Covid-19 ini.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: