Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tidak Peka! Bilangan Kes Semakin Bertambah, Artis Pula Tengah Seronok Bercuti Ke Luar Negara

Dunia sedang menghadapi wabak COVID-19 yang mana ianya semakin meningkat saban hari. Di negara kita sendiri, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan 790 individu yang positif dan 2 dari mereka telah pun meniggal dunia.

RAKYAT MALAYSIA KURANG PEKA

Tapi sejauh mana kesedaran rakyat dalam membendung wabak ini daripada terus menular? Difahamkan semalam masih ada di antara kita yang kurang peka, duduk melepak di warung-warung dan berada di tumpuan ramai.

Malah ada yang mengambil kesempatan menggunakan cuti untuk pulang ke kampung halaman walhal tindakan ini sebenarnya boleh memudaratkan dan memberi risiko untuk orang lain, warga emas khususnya.

Ianya bermula dengan kesedaran diri sendiri. Bukan setakat rakyat biasa sahaja, selebriti yang menjadi tumpuan peminat harus menunjukkan tindakan positif dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan untuk beberapa hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Keras Kepala! Pasangan Muda Ini Guna Cuti Utk Ke Korea, Alasan Isteri Mengidam Undang Rasa Kurang Selesa Netizen

ADA ARTIS YANG MASIH SERONOK BERCUTI

Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila dapat dilihat sebilangan kecil antara artis kita masih seronok bercuti ke luar negara. Sudah pasti tindakan mereka ini mengundang rasa kurang selesa peminat berhubung keadaan semasa yang semakin bertambah angka yang positif.

Mereka dilihat mementingkan diri sendiri apabila memilih untuk membahagiakan diri sendiri berbanding memikirkan keadaan semasa orang ramai.

Seperti penulis tekankan pada awal penulisan, seharusnya selebriti itu menunjukkan contoh yang baik kepada umum agar ianya menjadi ikutan. Dan ini lah perkara yang dibangkitkan oleh peminat apabila mereka mempertikaikan sikap tidak baik dari public figure.

PERLU BERSATU PADU

Lihat sahaja laman Instagram para artis, masih ada yang berkongsikan momen indah mereka sedang bercuti di luar negara tanpa rasa besalah sedikit pun.

Natijahnya, seluruh rakyat Malaysia diseru tak kira pangkat mahupun agama bersatu padu dalam menghentikan wabak ini daripada terus mengancam diri kita. Bermula dengan diri sendiri, sentiasa kekal berada di rumah tanpa melibatkan diri dalam kelompok orang ramai.

Sama-sama kita doakan agar COVID-19 ini dapat dipulihkan sepenuhnya dan dengan kawalan pergerakan ini mampu membendung serta melindungi masyarakat daripada terus dijangkiti.

Kongsi artikel ini: