Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ketegaq Sangat! Video Majlis Perkahwinan Di Alor Setar Jadi Tumpuan. Masih Ada Yang Pandang Remeh

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menyebarkan berita tentang pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan agar masyarakat keseluruhan kekal berada di rumah tanpa melibatkan mana-mana aktiviti luar.

Media massa, televisyen, radio dan media sosial telah berulang kali membangkitkan perkara yang sama agar kita semua patuh dengan arahan ini agar dapat memberhentikan rangkaian COVID-19 yang semakin menular setiap hari.

ADA YANG INGKAR PERINTAH KERAJAAN

Namun, sedih melihat segelintir di antara kita yang memandang ringan perkara ini. Lebih memikirkan kepentingan diri sendiri akhirnya mengabaikan usaha dari pihak kerajaan.

Lihat sahaja hari ini, ada antara masyarakat yang masih mampu berkelah di Tasik Titiwangsa. Atas alasan apa?

Dan terbaru riuh di media sosial apabila sebuah video menunjukkan pihak polis terpaksa mengambil tindakan gara-gara sebuah keluarga masih berkeras menjalankan majlis perkahwinan.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Seri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya semalam ada menegaskan agar mana-mana pihak menangguhkan terlebih dahulu majlis yang boleh melibatkan berkumpulnya orang ramai.

MAJLIS PERKAHWINAN BERLANGSUNG DI ALOR SETAR

Seolah-olah mencurahkan air di daun keladi. Majli perkahwinan tersebut difahamkan berlaku di Alor Setar, Kedah. Dapat dilihat dari rakaman, orang ramai berpusu-pusu berada di masjlis perkahwinan tersebut.

Nasib ada pihak polis yang membuat rondaan, segera meminta tetamu yang hadir meninggalkan majlis tersebut serta merta dan kekal berada di rumah masing-masing.

Sila ambil maklum bahawa arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri bukan hanya untuk penduduk sekitar Kuala Lumpur atau Selangor sahaja. Ianya melibatkan kesemua negeri di Malaysia.

MOHON ANAK-ANAK NASIHAT IBU BAPA DI KAMPUNG AGAR TURUT PEKA

Diharapkan anak-anak mengambil tanggungjawab agar dapat mengingatkan orang tua mereka yang mungkin kurang peka dengan isu COVID-19 ini.

Melihat sahaja reaksi netizen, rata-rata mereka kurang senang dengan tindakan tuan rumah yang mana mampu meninggalkan kesan yang sangat parah kepada tetamu kelak.

Bayangkan jika salah seorang adalah pembawa, sudah pasti beratus-ratus tetamu lain yang hadir turut terkena tempias sama dan tidak semena-mena hospital kerajaan semakin terbeban untuk menanggung jumlah pesakit yang semakin ramai.

Justeru, sama-sama lah kita menghormati serta bertanggungjawab dengan keputusan kerajaan untuk kekal berada di kediaman masing-masing dalam tempoh pendek ini demi kebaikan bersama.

Kongsi artikel ini: