Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Masih anda ingat dengan pelakon wanita yang pernah menjayakan watak menerusi filem Gemerlapan pada tahun 1997 iaitu Myanaliza binti Ryslee atau nama komersilnya Maya Matahari.
MAYA MATAHARI DIJEMPUT ILLAHI AKIBAT BARAH TISU
Difahamkan pelakon berkenaan telah dijemput Illahi sebentar tadi akibat penyakit barah tisu yang telah dia hidapi selama ini. Berita ini dikongsikan oleh rakan baiknya yang juga seorang artis, iaitu Haiza.
Menurut Haiza, rakannya itu telah lama menghidap barah dan baru sahaja menjalani rawatan di China. Kini Jenzah Allahyarhamah sedang berada di Hospital Sungai Buloh dan menanti ahli keluarga untuk proses seterusnya.
SAKIT SEJAK MENYERTAI GEGAR VAGANZA 2018
Tambah Haiza, tidak banyak yang arwh kongsikan menegenai penyakit yang dihidapi. Cuma apa yang boleh dikatakan ianya bermula sejak Maya menyertai program Gegar Vaganza musim kelima pada tahun 2018 yang lalu.
Maya menghembuskan nafas terakhir pada usianya 44 tahun mengejutkan ramai rakan artis dan juga peminat. Ini kerana tak banyak cerita-cerita yang dikongsikan kepada umum mengenai keberadaan arwh selama hayatnya.
Sebelum ini Maya ada membuat permintaan agar beritanya tidak didedahkan kepada umum, yakni peminatnya.
Cumanya sebelum ini arwh pernah dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur pada penghujung tahun lalu untuk rawatan penyakitnya.
PERNAH BERKAHWIN DENGAN KERABAT PAHANG, TIADA CAHAYA MATA
Sebagai rekod, Maya pernah mendirikan ruamh tangga dengan kerabat diraja Pahang iaitu Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Ini lah rahsia Allah yang sering menjadi tanda tanya umatNya. Kemtian tidak mengenal usia dan yang pasti kita sedang mendekati untuk menuju kepadaNya.
Sama-sama kita doakan agar arwh Maya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya kelak. Jadikan kisah-kisah sebegini untuk kita tingkatkan amal ibadat dan persiapkan diri kepada Yang Maha Esa.