Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Buka sahaja media sosial, pasti anda akan perasan dengan konten video berupa TikTok. Ianya seolah-olah menjadi trend anak muda kini yang menggunakan aplikasi TikTok sebagai alat untuk mengedit video dengan mudah.
Bagi yang tidak mengetahui, aplikasi ini adalah alat yang mana memberi kesan/efek khusus dan unik kepada pengguna. Selain itu, ianya dilengkapi dengan sokongan muzik sebagai latar belakang kepada video yang dimuat naik oleh pengguna.
DATIN SHAHIDA TURUT BERMAIN TIKTOK
Mengikut era dan juga permintaan semasa, isteri usahawan selebriti iaitu Datin Shahida akhirnya akur dengan mencipta akaun sendiri untuk aplikasi TikTok. Ianya dikongsikan menerusi laman Instagram pada beberapa jam yang lepas.
Dapat dilihat Shahida sedikit kekok menggunakan aplikasi ini, maklum lah masih baru. Namun dia juga sempat mengingatkan orang ramai agar kekal berada di rumah dan mengikut arahan yang disarankan oleh pihak kerajaan buat masa kini.
Yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh netizen apabila ada yang menyifatkan Shahida sengaja menarik perhatian suami, Dato’ Seri Aliff Syukri untuk memujuk dirinya.
Walau bagaimanapun dia tidak mendiamkan diri dan membalas dakwaan tersebut dengan menafikan tidak berniat seperti mana difikirkan oleh orang ramai.
Jelasnya lagi, dia hanya muat naik video berkenaan hanya untuk menghiburkan hati semata-mata dan hanya berkongsi dengan pengikut Instagram.
GAYA TAK MACAM MAK ORANG
Melihat sahaja komen netizen yang lain, ramai yang memuji kecomelan aksi Datin Shahida yang dilihat tak macam gaya mak orang.
Biasa lah, di media sosial ini boleh mengundang seribu satu persepsi orang ramai. Yang penting video dikongsikan tidak melebih-lebih dan masih lagi ada batasnya. Semoga rumah tangga Datin Shahida dan Aliff Syukri dalam keadaan baik senantiasa.