Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Menyayat Hati, Video Jenzah COVID-19 Selamat Dikebumikan Tanpa Ahli Keluarga Di Sisi Buat Kali Terakhir

Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengehadkan pergerakan rakyat apabila mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan bermula hari ini, 18 Mac 2020.

DUA KEMTIAN DILAPORKAN DI NEGARA KITA ANGKARA COVID-19

Suasana di negara kita, Malaysia menjadi gamat seketika apabila semalam dilaporkan dua kemtian mengejut gara-gara wabak Covid-19.

Difahamkan salah seorang mangsa yang meninggal adalah lelaki berusia 34 tahun yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Sri Petaling baru-baru ini dan merupakan pesakit ke-178 Malaysia.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan selamat dikebumikan di tanah perkburan Islam di Johor Bahru sekitar jam 8.15 malam tadi.

MENYAYAT HATI, AHLI KELUARGA TAK DAPAT LIHAT BUAT KALI TERAKHIR

Yang menarik perhatian ramai adalah cara pengurusan jenzah dilakukan apabila ianya diuruskan oleh 10 orang kakitangan hospital yang serba lengkap dengan pakaian perlindungan.

Manakala ahli keluarga terutama anak dan isteri Allahyarham tidak dibenarkan untuk berada dengan mangsa kerana masih lagi dalam proses kuarantin di Hospital Permai sekali gus mencipta hiba kerana tidak dapat melihat jenzah buat kali terakhir.

PIHAK MEDIA PERLU BERADA 50M SEPANJANG LIPUTAN

Bukan itu sahaja, pihak media juga dilarang untuk berada dekat ketika proses pengurusan jenzah dan diminta menjarakkan diri 50 meter sepanjang berada di kawasan perkburan malam tadi.

Allahyarham pada mulanya mengalami gejala demam pada 5 Mac yang lalu dan kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Permai pada 12 Mac yang lepas.

Namun keadaannya semakin merosot demi hari dan dimasukkan ke ICU kemudiannya. Beliau disahkan meninggal pada 17 Mac 2020.

VIDEO:

ELAK DARI BERADA KAWASAN SESAK RAMAI ORANG

Sehubungan dengan itu, diharapkan masyarakat kita tidak memandang mudah dengan gejala ini kerana kesannya sangat berisiko tinggi kepada diri dan juga orang di sekeliling.

Yang penting adalah pencegahan dari diri sendiri. Semoga orang ramai menghormati usaha kerajaan agar kita menjauhkan diri dari tumpuan umum buat seketika sehingga lah keadaan kembali reda seperti sedia kala.

Kredit: Astro Awani

Kongsi artikel ini: