Dalam keadaan dunia sedang risau dengan penularan wabak COVID-19, masih ada sebilangan kecil antara kita yang tidak peka dengan arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah dan juga elak bergaul dengan orang ramai buat masa ini.

Mengikut laporan semasa, sebanyak 673 kes baru dan 2 kemtian dilaporkan sehingga artikel ini ditulis membabitkan pesakit COVID-19. Angka ini mungkin bertambah sekiranya masih ramai antara kita yang ingkar dengan arahan kerajaan.

PASANGAN TERBANG KE KOREA KERANA MENGIDAM

Degil dan keras kepala! Itu lah yang dapat digambarkan kepada pasangan suami isteri ini apabila mereka berdua dilihat bangga berkongsi gambar dan video untuk keluar melancong ke Korea Selatan.

Sumber Twitter

Ianya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Amira Marlisya yang turut kecewa dengan sikap masyarakat yang pentingkan diri sendiri macam ni di saat kita sedang berusaha untuk mencegah, lain pula jadinya.

NAIK FLIGHT PUKUL 1 MALAM TADI

Difahamkan pasangan tersebut meninggalkan negara pada jam 1 pagi tadi dengan alasan terlalu mengidam untuk menjejakkan kaki ke negara tersebut.

Sumber Twitter

Pasangan ini dilihat  bangga apabila memuat naik momen sepanjang proses di lapangan terbang menerusi medium media sosial.

Secara tidak langsung ianya mengundang rasa tidak puas hati netizen terhadap sikap pentingkan diri sendiri mereka ini. Sedangkan Malaysia kini dalam proses Perintah Kawalan Pergerakan, mereka boleh pula bersenang lenang untuk bercuti.

Respon si suami apabila ditegur netizen

TIDAK PEKA DENGAN KEADAAN SEMASA DAN MENGUNDANG PENYAKIT

Di manakah sikap tanggungjawab diri sendiri yang mana negara yang mereka melancong itu adalah salah satu negara yang berisiko tinggi buat masa sekarang.

Melihat sahaja ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komel kesal dengan tindakan pasangan terbabit seolah-olah sengaja cari pasal dan menyusahkan pihak kerajaan kelak sekiranya mereka disekat ataupun dikuarantin di negara berkenaan.

Netizen luah rasa kesal tindakan pasangan terbabit

Kesimpulannya kita harus bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Jangan disebabkan kehendak diri akibatnya orang lain yang jadi mangsa kelak.

Sekali lagi suka penulis ingatkan bahawa masyarakat perlu menjaga kesihatan diri dengan kekal berada di dalam rumah dan mengelakkan dari berada di luar kawasan rumah buat seketika memandangkan usaha kerajaan dalam mencegah penularan wabak ini.

Kredit: Twitter Amira Marlisya

2 COMMENTS

  1. Pihak berkuasa jgnlah murah hati baik hati sgt dgn dua ekor yg degil ini…demi keselamatan dan kesihatan rakyat malaysia, bila dua ekor ni balik saja ke malaysia bertindak lah dgn melokap dua2 ekor ni mengikut sehingga tempoh wabak covic 19 ini disahkan selamat di negara ini… wasalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here