Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Harap Produksi Dengar! Video Uyaina Arshad Jadi Pengacara MeleTOP, Peminat Minta Utk Ganti Neelofa

Nama Uyaina Arshad mula mendapat sambutan daripada peminat. Awalnya dia hanya menceburi bidang pengacaraan sahaja dan umum sudah pun mengetahui wanita berusia 27 tahun ini merupakan watak penting dalam program kegemaran ramai iaitu Nona dan juga Wanita Hari Ini.

NAMA UYAINA ARSHAD SEMAKIN DIGEMARI PEMINAT

Setelah itu, dia mula memberanikan diri untuk muncul terjun ke bidang lakonan pula. Ianya bermula dengan drama Jujurlah Nikahi Aku yang disiarkan baru-baru ini yang mana telah meraih maklum balas yang sangat positif daripada peminat setia drama tempatan.

Dan bakatnya tidak terhenti di situ sahaja apabila dia mula melebarkan sayap ke negara jiran, Indonesia untuk mengendalikan program D’Academy Asia.

PERTAMA KALI JADI HOS JEMPUTAN MELETOP

Pengganti Neelofa untuk menemani Nabil Ahmad dalam mengacara rancagan MeleTOP mula ditagih ramai. Ianya dilihat tiada pengganti tetap kerana hampir setiap minggu sering sahaja bertukar pasangan untuk berada di sisi Nabil.

 

View this post on Instagram

 

Memang rugi siapa tak tengok MeleTOP, @uyainaarshad belanja nyanyi satu lagu woih! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Melihat kepada nama wanita ini mula digemari ramai, dalam episod terbaru program hiburan berkenaan pada malam Selasa lepas, Uyaina telah membuat kemunculan pertama dalam program MeleTOP sebagai pengacara jemputan.

Kehadiran gadis yang berwajah ayu ini membuatkan ramai penonton memukau dan disenangi ramai. Mungkin aura mengacara yang dimiliki membuatkan program MeleTOP kali ini berjalan dengan sangat baik.

RAMAI PEMINAT SUKA DAN MINTA MELETOP KEKALKAN UYAINA PENGGANTI NEELOFA

Lihat sahaja respon peminat di laman Instagram MeleTOP, rata-rata mereka menyokong kuat agar Uyaina dipilih dan ditetapkan sebagai hos bersama Nabil untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Neelofa selama ini.

Antara komen peminat

Hal ini berikutan penonton berminat dengan sikap lemah lembut pengacara berkenaan yang mana tidak over react sewaktu mengacara dan perwatakan yang menarik mungkin tiada pada orang lain.

Bukan mudah untuk mencari duo yang serasi dalam suatu program hiburan. Semoga usaha pihak produksi MeleTOP dapat menerima cadangan peminat untuk kekalkan Uyaina dan Nabil untuk episod mendatang.

Kongsi artikel ini: