Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Turut Terkesan! Rosyam Nor Terpaksa Sekat Kemasukan Pelanggan Ke Pasarayanya. Ikuti Penjelasan Sebenar Tindakan Tersebut

Malam tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Seri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan terhadap masyarakat di negara kita mulai esok, 18 Mac 2020.

Hal ini berikutan peningkatan kes wabak Covid-19 saban hari. Jadi langkah ini diambil bagi mengelakkan kontak antara individu berkemungkinan tinggi memiliki simptom ini daripada dijangkiti orang ramai.

CETUS PEMBELIAN PANIK

Oleh yang demikian, masyarakat umum harus bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan dengan mengambil peluang ini untuk kekal berada di rumah sepanjang masa (self-quarantine) sehingga lah menerima arahan seterusnya dari pihak kerajaan.

Ramai mula serbu pasaraya terdekat

Dengan arahan dari Perdana Menteri ini secara tidak langsung mencetuskan situasi lain apabila ramai yang keluar dari rumah bagi mendapatkan stok bekalan makanan. Hasil tinjauan penulis di pasaraya sekitar Lembah Klang, hampir keseluruhannya telah habis dijual.

Ianya dikenali sebagai pembelian panik, yang mana rata-rata berebut untuk membeli makanan dalam jumlah yang banyak.

ST ROSYAM MART TERKESAN, TERPAKSA MENYEKAT PELANGGAN

Biar pun Perdana Menteri telah sarankan agar rakyat perlu bertenang, dan stok makanan sentiasa di bawah pengawasan pihak berkuasa tetapi ianya masih lagi berlaku.

Terkesan dengan tindakan masyarakat kita ini, pelakon dan juga ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor telah mengambil keputusan dan keluarkan kenyataan bahawa pasaraya miliknya akan menyekat kemasukan pelanggan.

Kenyataan ini dikongsikan menerusi laman Instagram pelakon berkenaan pada beberapa jam yang lalu. Tindakan ini diambil disebabkan pengaruh berita palsu bahawa kononnya kerajaan mengumumkan perintah berkurung walhal ianya tidak sama sekali.

“Assalamualaikum semua. Kepada pelanggan-pelanggan St Rosyam Mart, saya tahu semua tiba-tiba jadi panik dan semua datang beramai-ramai ke St Rosyam Mart. Saya harap yang ada dekat luar diharap bersabar sebab di dalam pasaraya dah memang pack sangat.”

ELAK DARIPADA TERLALU PADAT

“Kalau kita bagi semua orang masuk, jadi ianya akan lebih pack. Semua orang tak dapat  beli barang dan jadi kelam kabut. Jadi harap bersabar kerana kami buka 24 jam, insyAllah stok sentiasa ada.”
“Jangan panik sangat saya dah berbincang dengan supplier bahawa kilang-kilang, penghantaran barang masih diteruskan macam biasa. So tiada apa yang nak kita takutkan.”
“Maaf lah keadaan dah jadi macam ni dan kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam, supaya tak cramp.” Ucap panjang Rosyam agar masyarakat tidak terlalu risau dengan stok makanan.

 

View this post on Instagram

 

Mohon maaf pihak saya terpaksa buat sekatan kemasukkan pelanggan

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Justeru, suka penulis ingatkan bahawa masyarakat elakkan daripada berada di kawasan tumpuan dan juga tempat awam bagi menjamin kesihatan semasa. Dari segi stok makanan pula, membeli lah dalam kuantiti yang perlu sahaja buat masa kini.

Kongsi artikel ini: