Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Perintah Kawalan Pergerakan Beri Kesan Yg Cuti Tanpa Gaji. PM Ke-6 Mohon Kerajaan Benarkn Guna KWSP

Kesihatan rakyat adalah keutamaan negara. Justeru, dengan peningkatan wabak Covid-19 ini, pihak kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk mengehadkan pergerakan rakyat dengan mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan mulai esok, 18 Mac 2020.

KEPERLUAN ASAS SEKITAR LEMBAH KLANG KEHABISAN

Sehubungan dengan itu secara langsung telah mengundang rasa panik di kalangan masyarakat negara kita. Mana tidaknya, hasil tinjauan penulis di pasaraya sekitar Lembah Klang hari ini mendapati hampir semua keperluan asas telah pun kehabisan.

Bukan setakat itu sahaja, antara perkara lain yang membelengu masyarakat adalah cuti tanpa gaji yang dikenakan terhadap pekerja swasta. Hal ini sedikit sebanyak menjadikan mereka sukar untuk meneruskan perbelanjaan seperti mana komitmen sedia ada.

PM UMUM BERI BANTUAN PADA CUTI TANPA GAJI

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut peka dengan isu ini apabila dia ada membuat pengumuman kerajaan akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM600 kepada mereka yang cuti tanpa gaji.

Tetapi sejauh mana ianya dapat membantu kerana keperluan dan komitmen rakyat adalah jauh lebih tinggi daripada bantuan yang dikenakan.

Turut peka dengan masalah ini adalah bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Razak apabila dia dilihat menyuarakan pendapat yang boleh dikatakan masuk akal dengan situasi sekarang.

NAJIB RAZAK CADANG PENCARUM KWSP DIBOLEHKAN GUNA AKAUN KEDUA

Menurut perkongsian di Facebooknya beberapa jam yang lepas, antara yang mendapat perhatian adalah berkaitan simpanan KWSP apabila dia menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan pencarum untuk menggunakan baki kedua akaun simpanan mereka.

Di saat genting ini, rakyat memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya 6 bulan simpanan agar dapat menjalankan kehidupan seperti biasa agar ekonomi keluarga tidak terjejas.

NASIB PENIAGA KECIL, E-HAILING DAN TEKSI TERJEJAS

Selain itu, antara perkara yang diutarakan adalah nasib peniaga-peniaga kecil dan juga pemandu e-hailing serta teksi yang perlu menangguhkan dahulu perkhidmatan mereka sehingga situasi kembali reda.

Jadi, sepanjang penangguhan mereka sudah pasti aliran wang tunai mereka akan terjejas untuk membeli keperluan. Nasib mereka juga perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Melihat kepada reaksi netizen, mereka sangat gembira dan bersetuju dengan cadangan daripada Najib Razak ini yang dianggap masuk akal dan berkesan buat mereka yang hilang punca pendapatan sementara.

Sama-sama kita doakan situasi ini kembali pulih seperti biasa kelak. Diharapkan juga selama proses perintah kawalan pergerakan ini, kebajikan rakyat dapat dijaga dengan baik agar tidak memberi tekanan lain kepada mereka.

Kongsi artikel ini: