Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Konfiden Lain Macam! Terserempak Awek Pakai Baju Sama, Video Reaksi Jejaka Ini Hiburkan Hati Netizen

Dewasa kini, kita boleh lihat pelbagai fesyen yang dihasilkan dan dijual di pasaran. Bermula dengan fesyen pakaian ke tempat kerja hingga lah pakaian harian.

Sehubungan dengan itu, kita sebagai pengguna harus pandai memilih tema atau jenis pakaian agar ianya bersesuaian dengan latar belakang masyarakat kita serta budaya negara agar tidak dipandang sinis oleh orang lain.

TERSEREMPAK DENGAN INDIVIDU PAKAI BAJU CORAK SAMA

Bercerita mengenai fesyen dan pakaian, pernah tak kita terserempak dengan individu lain yang memakai baju sama dengan kita di suatu tempat? Sudah pasti situasi ini akan mendatangkan rasa janggal dan sedikit rasa malu dalam diri.

Sumber Instagram

Kalau penulis, sudah pasti akan lari lintang pukang atau pun cuba juga berusaha untuk mengelak dari bertembung dengan individu tersebut.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Shahrul apabila dia memilih untuk tidak mengelak dan pura-pura slumber apabila berdepan dengan seorang gadis yang memakai baju yang sama corak dengannya.

MENGUSIK DUDUK SEBELAH GADIS PAKAI BAJU YANG SAMA

Momen tersebut dimuat naik dan dikongsikan menerusi laman instagram telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan jumlah tontonan yang sangat tinggi. Netizen menyifatkan insiden mereka berdua ini suatu perkara yang menghiburkan.

Mana tidaknya, Shahrul boleh pulak sengaja untuk berdepan dan cuba untuk mendekati gadis berkenaan dengan penuh yakin dan langsung tanpa rasa segan.

Shahrul turut dilihat sempat mengusik gadis berkenaan apabila duduk bersebelahan dengan gadis yang memakai baju sama dengannya.

“Dah cakap kalau memang dah jodoh tu takkan ke mana.” Ujar Shahrul sebelum menyakat gadis berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Tetiba jumpa jodoh pulak semalam . Kalau dah jodoh memang tak kemana

A post shared by Shahrul Afizie (@shahnew) on

Melihat kepada reaksi netizen, mereka sangat terhibur dengan sikap berani Shahrul yang sengaja mengundang rasa malu gadis berkenaan tanpa dirancang.

Ada juga yang menyatakan bahawa Shahrul berani disebabkan wanita berkenaan elok. Cuba yang datang tu adalah yang gelap atau pun berjerawat, sudah pasti dia sendiri lari keluar kedai.

Konklusinya, cuba lah jadi yakin dan kawal keadaan sebaik mungkin jika berdepan dengan situasi sebegini. Maklum lah design baju ni bukan dicipta untuk kita seorang sahaja kan.

Kongsi artikel ini: