Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mungkin ramai yang tak biasa dengar individu bernama Mohammad Amirullah bin Azmi. Sebenarnya pemilik nama ini ialah Amir Raja Lawak. Amir merupakan pelawak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan.
Pelawak kacak asal berumur 31 tahun ini memulakan kerjaya dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti Raja Lawak Musim ke 3, malangnya kecundang dan pada ketika itu dijuarai oleh Kumpulan Sepah.
AMIR BAHAGIA DENGAN ISTERI TANPA IKUT CARA ORANG LAIN
Amir mendirikan rumahtangga bersama Nur Intan Syafinaz Shaari pada tahun 2014. Dan hari ini genap lah 5 tahun usia perkahwinan mereka. Dalam menghargai hubungan bahagia ini, Amir ada berkongsikan momen romantis makan malam bersama yang tersayang.
Difahamkan ianya dirai di sebuah hotel iaitu Hotel Avillion Amiral Cove, Port Dickson. Di kesempatan ini, Amir dilihat sempat menitipkan kata-kata istimewa buat isteri.
SALING MENERIMA ANTARA MEREKA BERDUA
Justeru, ini lah yang dinamakan cinta apabila dua individu sanggup hidup susah dan senang bersama biar pun pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi. Semoga hubungan mereka berdua ini berkekalan dan dianugerahkan rezeki zuriat pula kelak.