Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mengalahkan Saintis! Isteri Da’i Farhan Temui Penawar Koronavirus, Selama Ini Ramai Tak Nampak

Menjaga kesihatan merupakan elemen paling penting masa kini. Pelbagai penyakit yang tidak disangka-sangka mula muncul. Dan menjadi igauan ramai adalah koronavirus.

MALAYSIA MENCATAT ANGKA PALING TINGGI

Laporan mencatatkan negara kita, Malaysia menjadi negara yang memiliki kes paling tinggi di Asia Tenggara dengan mencatatkan keseluruhan 428 kes sehingga artikel ini ditulis.

Angka tersebut saban meningkat demi hari sekali gus menambahkan lagi kegusaran rakyat dengan keadaan ini. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setakat ini kesemua mereka masih lagi dalam keadaan terkawal dan tidak mencemaskan.

Walau bagaimanapun, pencegahan awal perlu dilaksanakan segera agar penularan wabak ini dapat dihentikan serta merta. Antara yang paling terbaik adalah dengan mengurangkan aktiviti luar.

DR ERIN TEMUI PENAWAR

Ramai pakar mula mengkaji cara wabak ini merebak dan sedang giat berusaha menghasilkan vaksin.

Penularan koronavirus ini mendapat perhatian isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin, ada berkongsikan di instagramnya beberapa jam yang lepas mengenai langkah pencegahan awal, yang ramai terlepas pandang.

Menurut Dr. Erin, sebenarnya perkara ini mudah sahaja untuk mengawalnya cuma kita sahaja tak tahu dan tidak ambil tahu serta meremehkannya.

Dr. Erin ada menjelaskan bahawa koronavirus ini akan berada di bahagian kerongkong untuk beberapa hari sebelum ianya menyerang paru-paru. Pada tahap ini lah seseorang itu akan mengalami batuk dan sakit tekak.

Sehubungan dengan itu, individu yang dijangkiti disarankan untuk minum air dengan kuantiti yang banyak dan berkumur dengan air suam, garam atau cuka bagi mencegahnya.

RUPANYA PENAWAR ADA DEPAN MATA

Dalam kita menantikan penawar rupa-rupanya penawar dah ada di depan mata. Dia dilihat sempat mempromosikan minuman yang mampu mengurangkan gejala ini kepada pengikutnya di Instagram.

“Can’t ignore it. Can’t without it. Benda yangg mudah sengaja di sulitkan. Benda boleh cegah dengan cara mudah sengaja di remehkan. Menantikan sang ‘penawar’utk ditemui’ sedangkan penawar sudah ada di depan mata dengan mudah.”
“Beruntunglah bagi orang orang yang mahu ‘melihat’ dan orang orang yang mahu ‘berfikir dan bagi orang orang yang’ mahu mengetahui’.” Tulis Dr. Erin.

Kesimpulannya, jangan lah mengambil kesempatan di atas kesempitan. Yang pasti jaga kebersihan diri dan elak daripada berada di kawasan sesak ataupun tumpuan ramai.

Kongsi artikel ini: