Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kemlangan jiwa boleh berlaku tanpa diduga. Disebabkan itu lah kita perlu sentiasa waspada dan berhati-hati terutama ketika melakukan urusan kerja biar pun sudah terbiasa dengan rutin tersebut.
4 RETUNG DALAM KEBAKARAN
Suatu perkhabaran duka diterima dari Unit Diesel Hydro Treater di Pengerang, Kota Tinggi apabila ia didapati terbakar dan mengakibatkan empat individu retung manakala seorang lagi dilaporkan masih belum ditemui sejak malam tadi.
Selain itu, difahamkan seorang mangsa telah berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi mengalami kesan melecur di badan 70 peratus. Kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 10.50 malam.
Menurut Pauzan Ahmad iaitu Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri memberitahu terdapat tujuh individu terlibat dengan kebakaran ini. Salah seorang mangsa berjaya keluar sendiri, dikenali sebagai Mohd Saiful Amat dan seorang tercedera Arnado Alexander.
KEJADIAN BERLAKU KETIKA UNIT HTU SEDANG BUANG SULFUR DARI DIESEL MENTAH
Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), Plant Diesel Hydo Treater Unit sedang marak dengan api dan berlakunya letupan ketika mereka sedang membuang sulfur dari diesel mentah dengan menggunakan gas hydrogen.
Dilaporkan mangsa yang retung dan masih hilang ialah Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor, Hadi Syafiq Jamil dan Che Huzaidy Che Harun.
Sehingga pagi tadi, 33 anggota JBPM dan 9 jentera dan dibantu 37 anggota Central Emergency & Fire Services (CEFS) Pengerang dan lapan jentera masih berusaha menerusikan operasi mencari dan menyelamat yang dipecahkan kepada dua kumpulan.
PUNCA KEJADIAN BELUM DIKENAL PASTI
Usaha pemadaman dan penyejukkan adalah dengan menggunakan pancutan dari jentera dan dua pancutan dari Ground Monitor. Dalam pada itu, sumber air digunakan adalah dari jentera Water Tanker dan pili bomba berhampiran tempat kejadian.
Punca kejadian belum dapat dipastikan dan masih lagi dalam siasatan. Semoga kisah ini menjadi peringatan buat kita agar senantiasa berwaspada dalam setiap tugasan yang dilakukan.
LAGU TERKAKHIR DARI SALAH SEORANG MANGSA
Melihat kepada tinjauan di laman Facebook, salah seorang mangsa yang dikenali Azarul Ashraf sempat bermain gitar dan menyanyikan lagu buat kali terakhir pada Jumaat lepas.
Sekali gus ramai rakan-rakan mula membanjiri komen dengan rasa sayu dengan pengkhabaran ini.
Salam takziah penulis ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dan tabah menerima dugaan ini.