Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Bertanggungjawab! Drama Band Jadi Mangsa, Ikuti Punca Kemlangan Mereka

Kumpulan muzik Drama Band tidak perlu diperkenalkan lagi. Karya muzik mereka sering sahaja mencipta gimik sehingga kan menjadi bualan ramai peminat.

Mereka dilihat lantang menyindir isu-isu semasa yang berlaku di tanah air kita, tak kisah lah dalam bidang hiburan mahu pun politik.

Baru-baru ini Drama Band mencipta kisah tersendiri apabila persembahan di Anugurah Juara Lagu menerusi lagu Drama teruk dikritik peminat.

Persembahan Drama band di AJL baru-baru ini

DRAMA BAND TERLIBAT DALAM KEMALGAN

Bukan kisah karya mereka yang penulis ingin kongsikan pada kali ini. Difahamkan kumpulan muzik ini melalui saat getir apabila kenderaan yang dinaiki mereka, jenis pickup telah mengalami kemlangan.

Difahamkan mereka dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu melalui terowong di Jalan Tunku Kudin, Pulau Pinang pada awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku ini mengakibatkan kenderaan yang mereka naiki telah rosak teruk akibat kesan pelanggaran.

HANYA ALAMI LUKA COMEL

Selain itu, vokalis utama kumpulan iaitu Aepul Roza dan beberapa ahli yang lain mengalami kesan calar balar akibat dari hentkan yang kuat. Manakala pemandu kereta dan pasangan yang melanggr mereka pula telah melarikan diri tanpa sempat membuat laporan.

Melalui perkongsian di Instagram pula, Aepul memberitahu peminat bahawa keadaan mereka dalam keadaan baik sahaja tanpa apa-apa situasi yang serius.

PERSEMBAHAN DITERUSKAN SEPERTI BIASA

Apa pun persembahan mereka pada malam ini akan diteruskan seperti mana dijadualkan sebelum ini.

Keberadaan mereka di Pulau Pinang adalah dalam rangka promosi DramaTour 2020 yang mana akan ke 6 lokasi tumpuan dan ianya bermula di Perlis dan bakal berakhir penghujung bulan ini.

Melihat kepada reaksi peminat pula, mereka menggambarkan bukan mudah untuk jadi anak seni. Sanggup bekerja sehingga lewat malam semata-mata untuk mencari nafkah dan menghiburkan peminat biarpun seharian keletihan.

Semoga Drama Band kembali pulih seperti sediakala dan jadikan pengalaman pahit ini sebagai peringatan ketika berada di atas jalan raya.

Kongsi artikel ini: