Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebelum ini nama usahawan kosmetik iaitu Joy Revfa pernah menjadi tajuk utama di media massa berikutan kegagalan rumah tangganya bersama penyanyi terkenal, Hafiz Hamidun.
Setelah 3 tahun bersendirian, dia pernah memberi bayangan sudah pun menemui pengganti bagi mengisi kekosongan hati.
Dalam perkongsiannya terdahulu, dia ada memaklumkan ingin seorang jejaka yang mampu menjadi imam dan juga bijak dalam perniagaan.
JOY REVFA SELAMAT BERTUNANG
Dalam perkembangan terbaru, akhirnya Joy Revfa telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang juga rakan perniagaannya di Shah Alam semalam.
Berita gembira ini turut dikongsikan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin di laman Instagramnya beberapa jam yang lepas.
Namun dia dilihat masih merahsiakan identiti sebenar jejaka yang berjaya menambat hati dengan menutup wajah dengan emoji bentuk hati.
DIRESTUI KEDUA BELAH KELUARGA
Majisnya itu diadakan secara bersederhana dan turut dihadiri oleh rakan baik iaitu Mawar Karim, Lufya dan juga Heliza Helmi.
Joy Revfa mengucapkan tanda syukur dengan hubungan baharu ini kerana ianya direstui oleh keluarga kedua belah pihak, terutama ibunya Sofia Abbas yang juga tulang belakang dalam membantu menyiapkan majlis.
Mengenai majlis perkahwinan, sehingga kini dia dan pasangan tidak dapat memberi maklumat secara tepat dan apa yang pasti ianya bakal berlaku dalam masa terdekat.
BAIK HATI DAN PANDAI JAGA BATAS
Disapa mengenai encik tunang, mereka pada awalnya berkenalan menerusi suatu acara perniagaan dalam bidang kecergasan diri. Dan tunangnya itu adalah jurulatih kecergasan dan juga memiliki perniagaan sendiri.
Sejak dari pertemuan itu mereka saling bertukar pendapat dan mengenali hati budi. Perwatakan yang baik dan sentiasa jaga solat antara sifat yang berjaya menarik hatinya untuk rasa yakin meneruskan hubungan ini.
Semoga dengan ikatan baru dibina oleh mereka berdua berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan dipermudahkan segala urusan kelak. Tahniah Joy Revfa!