Peningkatan kos sara hidup dan juga jurang antara gaji antara masalah yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia dewasa kini. Perkara ini telah menyukarkan ramai di antara kita untuk memiliki aset atau pun harta sendiri.

Antara impian semua orang adalah dengan memiliki sebuah rumah. Kesedaran untuk membeli rumah diusia yang muda dapat dilihat kini apabila dah mula ramai masyarakat sanggup melakukan banyak kerja dalam satu masa demi mencapai cita-cita mereka.

Dalam memiliki rumah impian, pelakon terkenal, Saharul Ridzwan ada meluahkan rasa syukur kerana doanya sepuluh tahun yang lalu akhirnya dimakbulkan Tuhan.

10 TAHUN BARU DOA DIMAKBULKAN

Melihat kepada kejayaan Saharul ini, dia ada berkongsikan gambar dengan keluarganya di rumah baru mereka kepada peminat menerusi laman Instagramnya semalam.

Dalam perkongsian selebriti sado ini, dia mengingatkan orang ramai agar sentiasa bersangka baik dengan rezeki Allah dan jangan cepat mengalah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Pada 10 tahun yang lalu, dia ada berdoa untuk memiliki rumah sendiri. Dan akhirnya kini baru lah usaha tersebut tercapai.

SENTIASA PERCAYA DAN BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

Dia juga menyeru agar kita sentiasa percaya dengan rezeki Tuhan dan berdoa agar dijauhi dari istidraj, iaitu ujian di mana masih diberi kemewahan biar pun tidak melaksanakan tuntutan agama.

Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka sangat kagum dengan perkongsian Saharul ini. Mereka dilihat sempat mengucapkan tahniah buat finalis Hero Remaja 2011/12 ini kerana berjaya sehingga ke peringkat hari ini.

Sudah pasti mencapai sesuatu kejayaan bukan lah suatu hal yang mudah. Pelbagai pahit getir yang perlu dilalui sebelum berakhir dengan kemanisan.

Semoga perkongsian baik dari Saharul Ridzwan ini memberi inspirasi kepada pembaca dalam mencapai matlamat dan jugan senantiasa menjadi hambaNya yang sentiasa bersangka baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here