Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Video Didakwa P*kul Pekerja Kelab Malam, Nama Tiz Zaqyah Jadi Sebutan Ramai

Kerja yang berlarutan dalam jangka masa yang panjang antara sebab tekanan emosi dalam diri kita. Dengan tekanan ini, pelbagai perkara tak terduga dilakukan oleh seseorang itu bagi melepaskan rasanya.

Pada masa kini, pelbagai tempat hiburan diwujudkan atas alasan sebagai tempat untuk kita berlibur, kononnya memberikan kesan baik walhal sebaliknya pula berlaku.

TIZ ZAQYAH DIDAKWA BERGADUH DI PUSAT HIBURAN

Artis dan kelab malam tak dapat dipisahkan! Dah jadi kebiasaan bagi para artis menjadikan tempat ini untuk menenangkan perasaan dan kekusutan kepala akibat bebanan kerja.

Penulis tak maksudkan semua artis tapi sebilangan kecil sahaja. Dan bercerita mengenai kelab malam ini, suatu kisah telah menimpa pelakon terkenal Tiz Zaqyah.

Malam tadi heboh di media sosial video yang mana pelakon cantik kelahiran Kuala Lumpur ini telah didakwa berg***h di kelab malam.

PUNCA MASIH JADI TANDA TANYA

Video berkenaan telah dimuat naik di Twitter yang mana seorang gadis telah dipukl oleh Tiz Zaqyah. Difahamkan gadis berkenaan adalah pekerja di pusat hiburan yang tidak didedahkan identitinya.

Sehingga artikel ini ditulis, isu ini cukup hangat dan menjadi tanda tanya warganet perihal sebenar yang berlaku antara mereka berdua ini.

Apa pun kita tidak boleh hanya mendengar sebelah pihak sahaja kerana belum pasti kesahihan perkara ini.

TIZ ZAQYAH MASIH MENDIAMKAN DIRI

Walau bagaimanapun, Tiz Zaqyah dilihat masih mengunci mulut dan tidak memberikan apa-apa komen tentang isu ini.

Semoga kemelut yang melanda dapat diselesaikan secara baik demi menjaga nama Tiz Zaqyah agar tidak dipandang serong oleh para peminat.

VIDEO:

Sebagai rekod, Tiz Zaqyah memulakan kerjaya lakonan melalui watak sampingan dalam siri drama Gol & Gincu The Series.

Kemudiannya dia mencipta fenomena pada tahun 2009 dengan lakonan hebat bersama Remy Ishak menerusi watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih.

Kongsi artikel ini: