Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pemergian pelawak terkenal tanah air, yang juga ahli kumpulan Bocey iaitu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar telah memberikan kesan yang sangat mendalam kepada dunia seni hiburan.
Lihat sahaja sehingga hari ini, pusara Abam masih lagi basah dan dilawati oleh ramai pengunjung yang tidak tahu latar belakangnya. Sesuatu pemergian yang boleh dikatakan dicemburui oleh semua orang.
RISTEENA BARU BERKESEMPATAN MELAWAT PUSARA ABAM BOCEY
Tidak melepaskan peluang, pelakon cantik iaitu Risteena Munim turut menziarahi pusara Abam pada petang Jumaat lalu.
Momen tersebut dikongsikan sendiri oleh Risteena menerusi laman instagramnya dengan memuat naik video berserta doa buat pelawak berkenaan.
Jelas Risteena, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menziarahi pusara arwh cuma masa tidak mengizinkan memandangkan sentiasa sibuk dengan kerjaya dan juga tugasan seharian.
DAH BANYAK KALI KERJA BERSAMA, ABAM SEORANG YANG BAIK
Sebenarnya mereka berdua sudah pun banyak kali berkerjasama sebelum ini, hanya peminat sahaja yang tidak mengetahuinya.
Tambah Risteena, Allahyarham Abam sememangnya seorang yang baik hati yang tiada tolok bandingnya.
SEMOGA JADI INSPIRASI
Kesimpulannya, kehidupan kita di muka bumi ini hanya lah sementara sahaja. Perbanyakkan amal ibadat dan berbuat baik sesama makhluk.
Nescaya suatu hari kelak, mereka ini lah yang membantu kita dalam memudahkan perjalanan dalam bertemu Sang Pencipta.
Semoga kisah baik Abam selama ini menjadi inspirasi buat kita semua dalam memperoleh kebaikan di dunia dan juga akhirat.