Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kehidupan Terus Berubah 360°! Ella Dan Suami Kini Semakin Bahagia Dengan Kehadiran Si Kecil Ini

Sebut nama Nor Zila binti Haji Aminuddin, pasti peminat tertanya-tanya gerangan individu ini. Pemilik nama yang penulis sebutkan tadi adalah Ratu Rock Malaysia, iaitu Ella.

Ella yang dilahirkan pada 31 Julai 1966 sudah pun hampir 8 tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Azhar Husaini Ghazali.

8 TAHUN MENANTI CAHAYA MATA, ELLA AMBIL ANAK ANGKAT

Walau pun hampir 8 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini masih bergelut untuk mendapatkan zuriat, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka kekal bahagia.

Dalam melengkapkan lagi perkahwinan mereka, akhirnya pasangan ini bersetuju untuk mengambil anak angkat, Shanome Az Zahra yang kini sudah pun berusia tiga tahun.

Menurut Ella, kehidupun seharian dia dan suami berubah 360° sebagai ibu bapa semenjak kehadiran kanak-kanak itu setahun yang lalu.

LEBIH BANYAK MASA DILUANGKAN BERSAMA

Sudah pasti menjadi ibu dan bapa bukan perkara yang perlu dianggap mudah. Tetapi ianya mampu mencipta kebahagiaan buat Ella dan suami apabila mereka kini lebih banyak menghargai masa untuk bersama-sama.

Jelas Ella, macam dulu dia boleh membeli belah sesuka hati demi kepentingan diri sendiri. Kini ianya sudah berbeza apabila setiap perkara perlu memikirkan keadaan anaknya dan menjadikan Shanome sebagai keutamaan.

Tambah Ella, dia sudah menganggap Shanome seperti mana darah dagingnya sendiri. Tambahan pula anaknya itu memiliki perangai sama sepertinya dan seorang yang sangat cepat belajar tak seperti usianya.

MULA-MULA KEKOK, SEHINGGAKAN ELLA TURUT MENANGIS

Ella dilihat tidak bercerita lebih mengenai maklumat lengkap anak angkatnya itu. Mungkin mengelakkan daripada salah faham daripada mana-mana pihak.

Bila ditanya mengenai tanggungjawab, Ella ada memberitahu bahawa pada awalnya dia ada berhadapan dengan masalah dan kekok untuk kendalikannya. Terutama bab tukar lampin dan ketika anak menangis.

Dia pernah menangis sewaktu Shanome menangis kerana ketika itu dia panik dan tidak tahu cara mengendalikannya.

Jelas lah bahawa kehadiran anak ini merupakan suatu makna yang sangat besar dalam suatu hubungan perkahwinan.

Dia mampu mengubah personaliti seseorang itu demi kebahagiaan dan pembesaran anak-anak agar terjamin masa depan mereka. Apa pun semoga usaha Ella dan Azhar diberkati dan juga dimurahkan rezeki kelak.

Kongsi artikel ini: