Kita sebagai manusia hanya menumpang di atas bumi yang sementara ini. Akan ada suatu ketika kita akan kembali kepada Sang Pencipta.
Kita ibarat sedang beratur dan tidak tahu bila masanya akan dijemput Illahi. Apa pun kita perlu senantiasa meningkatkan amal ibadat dan fokus dengan saki baki kehidupan.
Namun tak semua di antara kita sedar hakikat semua yang tejadi di sekeliling, yang mempunyai asbab tersendiri. Hanya yang terpilih sahaja diberi hidayah dan kekal beribadah kepadaNya.
HAZE HUZIR RASMI TINGGALKAN MOTIF VIRAL
Ini lah yang terjadi kepada pengacara terkenal Motif Viral (MV) iaitu Hazeman Huzir atau selesa disapa Haze apabila mengambil keputusan secara rasminya telah meninggalkan program berbentuk hiburan tersebut.
Berita ini disampaikan sendiri oleh Haze menerusi laman instagramnya semalam apabila memberi titipan buat pengikut dan rakannya pengacara di Motif Viral mengenai keputusannya itu.
Sumber Instagram
“Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat. Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih.”
MV TEMPAT DIA BERLAJAR KENAL TUHAN
“Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan.”
“Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama. Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official, @putahaofficial, @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab.”
“Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu. Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah.”
“Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai. Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian.”
Sumber Instagram
PINTA DOA PEMINAT AGAR KEKAL ISTIQOMAH
“Dan terakhirnya pesanan kepada sahabat sehidup semati, host @shalmaainaa @nnisa.mo @pinkazwan. Dan Team belakang tabir @eedavogue @hazwanyahya (ramai lagi tak dan nak sebut jangan kecik hati tau ada max nak type kat caption ni).”
“Persahabatan kita, kekalkan. Andai tidak nampak aku di syurga, tarikkan. Yang pasti kita tidak akan putus. Hidup kita bersulam kerana MV. Kekalkan ke Jannah. Insyallah. Kepada penonton MV, aku yang hari ini kerana doa anda. Doakan pula aku istiqamah.”
CHANNEL YOUTUBE PLATFORM TERKINI
“Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati:
Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia.
Kerana aku mahu dikenali.
Kerana aku nak popular.
Kerana aku nak dijulang manusia.
Niat asal aku itu sudah salah.
“Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah. Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It’s time that I do me. Assalamualaikum.” Kongsi panjang Haze mengenai penghijrahannya.
Sumber Instagram
Kesimpulannya hidayah Allah hadir dalam pelbagai cara yang kadang kalanya tak tercapai dek akal pun bagaimana ia boleh berlaku.
Apa pun sama-sama kita doakan agar Haze kekal istiqomah dengan pilihan baik yang telah dia tinggalkan ini dan menjadi inspirasi buat yang lain.