Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Fikir Sebelum Buat! Organ Limpa Hncur, Pelajar Tahfiz Terbaring Di Hari Jadi Angkara Senior

Kisah dianiaya oleh pelajar senior sering sahaja menghantui pelajar di asrama. Ianya boleh dikatakan dah macam budaya dan diambil mudah bagi pihak tidak bertanggungjawab.

Malang tidak berbau! Itu lah yang dapat digambarkan terhadap seorang pelajar tahfiz yang bernama Afiq Fikri apabila diblasah oleh pelajar senior. Mereka seramai lima ke tujuh orang telah menyebabkan pelajar tahfiz berkenaan cedra di bahagian hati dan organ limpanya hncur.

Sumber Facebook

Ianya disahkan sendiri oleh abang mangsa iaitu Azrul Fikri menerusi ruangan Facebook semalam. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di salah sebuah pengajian tahfiz yang terletak di Tanjung Karang, Selangor.

ORGAN CEDERA, LIMPA PULA HNCUR

“Assalamualaikum, adik saya Afiq Fikri, hari ni hari jadinya (11/3), seorang pelajar tahfiz di salah sebuah pusat tahfiz di tanjung karang, telah dianiaya oleh pelajar tahfiz lain, dan telah mengakibatkan organ hati nya cedra serta organ limpa hncur.”

Kesan daripada ini, doktor mengesahkan untuk membuang organ limpa tersebut yang akan menyebabkan adik tahfiz ini tidak lagi memiliki sistem imunisasi badan.

“Ketika di zon merah, doktor memberitahu kemungkinan organ limpa akan dibuang dan akan menyebabkan sistem imunisasi badan tidak akan berfungsi (mudah terkena penyakit).”
Sumber Facebook

BADAN DIHEMPAS KE LANTAI

Menurut perkongsian abang mangsa lagi, adiknya itu menjadi mangsa senior. Mereka bertindak menghempaskan badan Afiq ke lantai meski pun dia sudah pun berada dalam keadaan lemah.

“Afiq berkata pada saya yang dia telah dipkul lebih kurang 5 hingga 7 orang. Ketika badannya mulai lemah, mereka mengangkat Afiq dan hempas ke lantai.”
“Pihak keluarga telah meminta rakaman cctv, tetapi pihak tahfiz mengatakan yang cctv mereka rosak, report polis telah dibuat. Mohon bantuan rakan rakan, supaya doakan Afiq sembuh seperti sedia kala. Amin.”

ADA PELAJAR LAIN TURUT JADI MANGSA

Dalam pada itu, bukan adiknya sahaja yang jadi mangsa malah ada lagi beberapa orang pelajar yang lain turut mengalami nasib yang sama cuma keadaan mereka tidak seteruk Afiq.

“Bukan Afiq sahaja yang dipkul, ada lagi 3 orang rakan afiq, turut sama dipkul, cuma kecedraan pada Afiq sangat teruk sehingga di tahan wad, yang bertanya siapa yang mmkul, ada gambar mereka di bawah.”
Sumber Facebook

PENJAGA MOHON TARIK LAPORAN TETAPI DITOLAK KELUARGA MANGSA

“Mereka pelajar senior tahfiz tersebut, saya mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan dan beri kata kata semangat pada Afiq.”

Difaham kesemua 7 pelaku telah pun ditahan dan dibawa ke IPD Selangor untuk siasatan lanjut. Namun, penjaga mereka ada memohon untuk keluarga Afiq menarik semula laporan tersebut tetapi ianya ditolak.

Sumber Facebook

Kesimpulannya, semoga ibu bapa dapat memberi perhatian terhadap setiap tindak tanduk anak-anak di sekolah supaya budaya sebegini tidak lagi berulang. Kelak masa depan mereka yang akan musnah.

Kredit: Facebook Azrul Fikri

Kongsi artikel ini: