Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Semakin ditegur, lagi la dibuatnya. Baru semalam penulis kongsikan kisah Bonda Rozita yang ralat dan dah puas menegur anaknya, Dato’ Seri Aliff Syukri berkenaan tingkah laku anaknya itu yang sering sahaja jadi buah mulut orang ramai.
Menurut Bonda Rozita, bukan dia tak tegur tapi dah berbuih bercakap ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Aliff Syukri dilihat lebih suka membuat keputusan ikut kepala sendiri tanpa memikirkan kesan terhadap nama baik keluarga.
NAMPAK MENGARUT TETAPI BIJAK DALAM FREE MARKETING
Apa yang penulis boleh katakan tentang Aliff Syukri ini adalah dia seorang yang keras kepala dan bijak dalam strategi pemasaran. Dia seakan dah jumpa kunci kepada cara mencipta ingatan dan sebutan masyarakat terhadap jenamanya.
Biar pun di mata ramai, segala perbuatannya dianggap sia-sia dan memalukan diri sendiri. Walhal dalam masa yang sama, netizen telah mencipta fenomena namanya di media sosial.
Lihat sahaja komen serta perkongsian aksi-aksinya, secara tidak langsung telah menghasilkan pengiklanan secara percuma.
SEKALI LAGI CURI TUMPUAN NETIZEN
Tak sampai 24 jam dia memuat naik teaser lagu terbaru berjudul Cuba Bahagia di Instagram, dan langsung tidak menghiraukan nasihat ibunya. Beberapa jam yang lepas, sekali lagi Aliff Syukri memuat naik video yang seakan mencari perhatian ramai.
DAPAT TONTONAN LEBIH 500K
Video bekenaan telah mendapat jumlah tontontan lebih daripada 500,000 sehingga artikel ini ditulis. Ini lah sasaran utama sebenarnya. Bukan kemerduan suara yang ditagih, tetapi penglibatan reaksi netizen yang jadi tumpuan pengiklanan.
Semakin banyak yang memberi komen, semakin jauh videonya akan tersebar. Nak terkenal bukan susah, buat je video mengarut terus famous sekelip mata. Tetapi sejauh mana hati kita kental seperti Aliff Syukri ni untuk hadap orang ramai? Renung-renung kan.