Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Hantar Rombongan Merisik! Mira Filzah Bakal Bkahwin Oktober Ini. Status Bakal Suami Pula Jadi Perhatian

Kehidupan pelakon popular, Mira Filzah mula menjadi persoalan ramai peminat. Setelah digosipkan dengan beberapa aktor kacak sebelum ini, dia dilihat tenang dan hanya menyatakan berhubung sebagai rakan artis biasa sahaja.

Terbaru heboh di media sosial apabila pelakon cantik ini dilihat ditemani oleh seorang jejaka kacak dalam suatu acara majlis. Ura-ura mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah rakan persekolahannya dulu dan teman istimewanya.

MIRA FILZAH DAN WAN EMIR BAKAL BERKAHWIN OKTOBER INI

Jejaka berkenaan ialah Wan Emir Astar, merupakan seorang arkitek dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang juga baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Menurut kepada laporan Astro Awani, Wan Emir dan juga Mira Filzah bakal berkahwin pada bulan Oktober ini sekali gus mengejutkan para peminatnya. Diam-diam bercinta, kemudiannya dah nak kahwin.

DAH LAMA KENAL, PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH YANG SAMA

Difahamkan mereka berdua bakal disatukan dalam tempoh tujuh bulan yang akan datang. “InsyAllah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin Oktober ini.” Memetik dari suatu sumber.

Sebenarnya mereka berdua ini sudah lama saling mengenali. Mereka berdua pernah belajar di satu sekolah yang sama terdahulu. Cuma hubungan mereka terhenti sejak Wan Emir melanjutkan pelajaran ke luar negara.

MIRA FILZAH MASIH MENGUNCI MULUT

Sehingga lah hubungan mereka kembali bertaut dan masih dalam proses mengenali hati budi. Difahamkan juga Wan Emir sudah pun menghantar rombongan merisik terhadap keluarga Mira Filzah.

Walau bagaimanapun masih belum ada kenyataan rasmi dari tuan badan sendiri yakni Mira Filzah berhubung perkara ini.

Apa pun sama-sama kita doakan agar urusan mereka berdua dipermudahkan kelak dan berbahagia hingga ke anak cucu.

Kredit: Astro Awani

Kongsi artikel ini: