Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Terkesan Sikap Degil Anak! Aliff Syukri Cetus Kontrversi Baru, Bonda Rozita Akhirnya Buka Mulut Luah Perasaan

Tak pernah serik! Itu lah yang dapat digambarkan mengenai usahawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri apabila semalam dia cetuskan suatu lagi kisah kontrversi yang baru.

Difahamkan usahawan berkenaan bakal melancarkan single terbaru berjudul Ingin Bahagia bersesuaian dengan keadaan terkini yang menimpanya dengan pelbagai ujian dan tomahan masyarakat.

ALIFF SYUKRI SUKA CETUS KONTRVERSI

Memberi reaksi terhadap tindakan Aliff Syukri ini, ibunya Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita ada meluahkan rasa dengan perangai anaknya yang seolah-olah tidak makan saman dengan teguran ramai.

Menurut Bonda Rozita, tindakan Aliff Syukri yang suka meraih perhatian ramai sebenarnya memberi impak kepadanya sebagai status ibu.

Sekali gus, dia mengambil peluang ini untuk meluahkan rasa agar Aliff Syukri dapat membuka mata dan merasai perasaan kecewa yang dialami, kerana netizen lebih memandang didikan dari ibu bapa berbanding perilaku anak itu sendiri.

BONDA ROZITA BUKA MULUT, NASIHAT ANAKNYA

Beberapa jam yang lepas, Bonda Rozita ada memuat naik video meluahkan rasa dan memberitahu umum yang dirinya sudah pun menasihati Aliff Syukri. Namun seperti biasa anaknya itu tetap dengan pendirian diri sendiri tanpa hiraukan sesiapa.

“Geram dah tak sabar. Letih sesak dada Mak dah, tak payah tunggu Covid 19 pun boleh meninggal kalau tak tahan sgt. Sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri!!”
“Tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke?? Mak rela masuk utan dari tengok IG atau lagu ko kri. Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dari dengar suara ko.”

DAH PENAT TEGUR, TAK PERNAH NAK DENGAR

“Yang menangis air mata darah!! Apa hal pulak. Ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial. Maaf ya kri tak sesudah perangai ko kan. Mak dah penat tengok komen orangg tak reti ajak anak.”
“Kalau kecik-kecik boleh aku piat, aku kurung ko syukri. Kalau dah besar panjang mcm ni ko yang kurung aku balik!! Sebab ko kuat.”
“Bukan mak tak sayang dan bukan mak tak nasihat, berbuih mulut dah, sampai keluar air mata nanah pun mak, kri buat gak. Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana!! Sedap mereka cakap pasal kri, sbb kri yang mengundang!!”

 

View this post on Instagram

 

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . “..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org ‘tak reti ajak anak” . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke ” Mak dn kami kena bahananya ” Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 ” kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak” lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

TOLONG JAGA MARUAH KELUARGA

“Tolong lah jaga maruah keluarga, jangan lah buat perangai yang bukan-bukan. Satu-satu seronok ko je kan!! Macam-macam kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke “Mak dan kami kena bahananya”.”
“Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok-elok “kri jawab baik sgt, cakap sayang mak dan ikut cakp mak” lepas tu buat lagi.“
“KRI sangat baik dengan Mak suka gurau, jaga mak korban apa saja, tapi jangan buat macam ni kat orang awam, umur dah 30an daripada kecik susah dengar cakap Mak.”

MAKIN TUA, MAKIN MENJADI-JADI

“Dah tua makin menjadi-jadi ko kan!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka. Kali ni memang mak sangat marah sebab mak tak sanggup nak dengar lagi orang komen negatif tentang kamu syukri!!” Luah panjang Bonda Rozita.

Kesimpulannya, semoga usahawan ini mengambil peluang untuk sesekali mendengar nasihat bondanya sementara masa masih ada masa. Jangan dah tubuh kaku baru nak menyesal.

Kongsi artikel ini: