Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Hormat Wanita! Kongsi Foto Aksi Suap Pisang Ke Mulut Ayda Jebat Dibasuh Netizen. Ini Penjelasan Nabil Mahir

Peminat telah pun sedia maklum hubungan cinta antara Ayda Jebat dan juga pengacara terkenal Nabil Mahir. Mereka dilihat sedang angau bercinta apabila masing-masing kerap kali memuat naik gambar bersama di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Mahir Dah Tunjuk Hint, Ada Sesuatu Antaranya Dengan Ayda Jebat!

SUAP PISANG, TINDAKAN NABIL SENGAJA TARIK PERHATIAN

Dalam perkongsian terbaru mereka beberapa jam yang lepas, tindakan Nabil Mahir yang menyuap buah pisang ke dalam mulut Ayda Jebat telah mengundang rasa kurang selesa ramai peminat.

Sumber Instagram

Umum sudah pun mengetahui bahawa buah pisang ini sinonim dengan alat slit lelaki dan menjadi simbol kepada perkara-perkara negatif.

Jadi mereka menilai aksi Nabil Mahir yang menyuap kekasihnya itu seolah-olah tidak beradab dan tidak menghormati golongan wanita dan masyarakat umum khasnya.

NETIZEN DAH MULA FIKIR KE LAIN

Gambar tersebut juga telah mengundang netizen untuk berfikiran tersirat disebalik perkara sebenar yang cuba dia sampaikan.

Sumber Instagram

Menurut pendapat netizen lagi, andai kata nak tunjukkan permakanan yang sihat sekali pun, banyak lagi buah-buahan lain yang boleh diketengahkan.

Ada di antara peminat menyifatkan tindakan Nabil Mahir ini sengaja untuk meraih perhatian peminat walhal ianya suatu perkara yang boleh disalah erti dan memberi impak lain kepada mereka berdua kelak.

Sumber Instagram

PAKSA AYDA JEBAT, JENIS TAK SUKA BUAH

Walau bagaimanapun, Nabil Mahir ada memberitahu bahawa dia bertindak sedemikian disebabkan Ayda Jebat merupakan seorang yang tidak gemar dengan buah-buahan. Jadi dia dengan memaksa sahaja lah jalan terbaik untuk menjaga kesihatan kekasihnya itu.

Dalam pada itu, peminat mereka berdua sudah pun faham dengan perangai gila-gila mereka. Ada sahaja aksi masuk air yang ditampilkan pasangan ini kepada umum.

Sumber Instagram

Mungkin Nabil Mahir terlepas pandang isu buah pisang ini dan niat baiknya disalah ertikan. Mulut peminat ni tak dapat kita tutup. Ada sahaja perkara bukan-bukan di mata mereka.

Apa pun semoga hubungan pasangan sejoli ini kekal hingga ke jingang pelamin dan bahagia selalu.

Kongsi artikel ini: