Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Semakin Dilupakan! Video Nenek 90 Tahun Tutur Dialek Istimewa, Rupa Paras Pula Yg Tarik Perhatian Penonton

Setiapa negara di dunia ini memiliki bahasa dan juga dialeknya tersendiri. Begitu juga negara kita, Malaysia yang majoritinya adalah penduduk berbangsa Melayu-Islam.

Setiap daerah di negara Malaysia mempunyai dialek yang berbeza-beza. Lihat sahaja perbezaan dialek rakyat Negeri Sembilan dan juga Perak, sudah pasti ianya berbeza.

DIALEK MELAYU-PATTANI TANPA PENGARUH BAHASA THAI

Walau bagaimanapun, difahamkan dialek-dialek negeri ini sudah pun semakin dilupakan oleh generasi muda. Ianya hanya diteruskan oleh sebilangan generasi terdahulu yang tinggal di bahagian kampung.

Mok Kak Ngoh, individu yang masih menggunakan dialek Melayu-Pattani

Apa yang penulis ingin kongsikan pada kali ini adalah mengenai seorang warga emas yang bercakap dalam loghat Melayu-Pattani tanpa pengaruh bahasa Thai.

Apa yang dituturkan oleh warga emas ini sudah pun jarang kita dengar dan semakin dilupakan.

Anggun bertudung putih, warga emas tersebut yang selesa dipanggil Mok Kak Ngoh berkongsi cerita berkaitan kehidupannya sewaktu zaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu.

LAIN PULA JADI PERHATIAN NETIZEN, TUA PUN MASIH CANTIK

Mok Kak Ngoh kini berusia 90 tahun masih lagi sihat dan kini menetap di Kampung Batan, Maung, Yala.

Dalam khusyuk berkongsi kisah disebalik zaman penjajahan, lain pula yang menjadi tumpuan mata netizen. Yang menjadi keunikan warga emas ini selain tubuhnya yang masih lagi sihat adalah raut wajah yang masih kekal cantik.

Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen adalah:

“Tak macam umur 90 nampak muda ja. Tudung pulak style hijabis sekarang.”
“Nenek ni dah 90 still lawa. Aku ni muda-muda dah huduh.”
“Imagine masa Mok Kak Ngoh ni muda, style gitu tu lawa.”
“Setuju. Masa muda dulu mesti lawa. Berumur pun masih nampak cantik lagi.”

Lihat sahaja reaksi anak muda kini, rata-rata antara mereka tidak faham apa yang dituturkan oleh warga emas ini. Hanya segelintir sahaja yang berjaya menangkap isi-isi penting.

Kesimpulannya, bahasa melayu kini mula dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Disebabkan ini juga lah generasi muda mula meninggalkan dialek lama yang sepatutnya mereka pertahankan.

VIDEO PENUH:

Kongsi artikel ini: