Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lama Menyepi, Akhirnya Buat Comeback! King Coco Calon Ketua Srikandi Parti Bersatu, Topik Hangat Netizen Hari Ini

Nama individu ini pernah jadi bualan hangat sebelum ini apabila dia tampil dengan imej tersendiri dengan bercakap bahasa melayu versi pelat mat saleh. Dia ialah King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail.

PERNAH TERKENAL DAN BERMACAM PARODI MENIRU AKSINYA

Pada awal kemunculannya, ramai netizen mengkritik cara percakapannya itu seolah-olah sengaja dibuat-buat sehingga muncul bermacam parodi yang meniru gaya pelatnya.

Mengikut temubual bersama wanita ini, dia pernah claim bahawa dirinya memiliki bermacam darah campuran serta keturunan. Sejak dari itu, pengikut di instagram mula bertambah secara mendadak dan bergelar instafamous dalam sekelip mata.

Walau bagaimanapun, nama King Coco semakin merundum dan tidak lagi hangat seperti dulu. Ramai beranggapan bahawa dia kini lebih memberi tumpuan kepada keluarga.

Difahamkan dia telah mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup bersama Azrin Anaz Abdul Shukor.

BUAT COME BACK, JADI CALON KETUA SRIKANDI PARTI BERSATU

Mengejutkan orang ramai pada hari ini, setelah lama berdiam diri akhirnya King Coco membuat come back dengan caranya tersendiri.

Sedang negara baru sahaja reda dengan kemelut politik, berlegar-legar pula poster mengenai “a lot of mix” ini sebagai calon Ketua Srikandi Parti Bersatu Bangan Serai di media sosial.

Sekali gus mengundang pelbagai pendapat dan juga pandangan orang ramai mengenai percalonan figura ini. Menjengah ke ruangan komen, netizen menyifatkan King Coco tidak sesuai dan belum matang untuk terjun ke dunia ini.

RAMAI PERTIKAI KREDIBILITI, BERSELOROH SEBAGAI PESAING CLEOPATRA

Dengan latar belakang dan juga kisah yang penuh drama sebelum ini membuatkan orang ramai mungkin tidak percaya dengan kredibiliti dia untuk menjadi seorang ketua.

Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka sempat berseloroh dengan memetik nama Cleopatra yang akhirnya mempunyai pesaing dalam dunia politik dari segi warna mata paling warna warni.

Natijahnya, sesiapa sahaja boleh untuk menjadi calon cuma berbezanya adalah sejauh mana mampu menambat hati rakyat.

Ini kerana pilihan terletak di tangan rakyat. Mulut je lantang bersuara tapi tiada tindakan dibuat tidak memberikan apa-apa impak. Jadi, anda yang menilai dan buat lah undian serta pilihan yang bijak.

Kongsi artikel ini: