Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kalau Tak Bijak, Takkan Dapat Cemerlang! Mawar Rashid Akui Masih Terkesan Isu GST, Sentap Dengan Sejarah Lama

Biarpun sudah bergelar isteri kepada Raden Ahmad Faizal Yaakob, Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid atau nama komersilnya Mawar Rashid masih memiliki auranya tersendiri.

Pelakon kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mula mencipta nama menerusi pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana dan ramai lagi.

MAWAR RASHID MASIH TERKESAN DENGAN ISU GST

Bercerita soal kerjaya, nama Mawar mula meletop sejak meraih pencapaian luar biasa menerusi watak antagonis sebagai Elfira dalam drama Tundukkan Playboy Itu sekali gus mengangkat namanya dalam dunia hiburan.

Mengimbau kembali sejarah penyertaannya dalam Dewi Remaja, Mawar akui yang dia masih terkesan dengan insiden pelaksanaan cukai GST sehinggakan dia digelar sebagai “Mawar GST”.

Pada 5 tahun lepas, nama Mawar jadi terkenal dalam sekelip mata sahaja di media sosial apabila rakaman video ketika sesi soal jawab pelaksanaan GST berkuatkuasa 1 April 2015 dikritik hebat oleh peminat.

JAWAPAN DIBERIKAN ADALAH MEREPEK

Ini berikutan jawapan yang diberikan oleh Mawar dikatakan merepek dan orang ramai menyimpulkan wanita cantik tak semestinya berilmu. Sekali gus ianya memberikan kesan sebagai sejarah hitam dalam hidup pelakon cantik ini.

Sehingga hari ini, Mawar seakan masih sentap dengan insiden tersebut malah tidak dapat menahan air mata apabila video berkenaan dipertontonkan semula pada pelancaran produk kosmetik terbarunya baru-baru ini.

Jelas Mawar, dia sangat malu dengan kejadian GST dan kalau boleh nak buang jauh-jauh kisah itu. Dia bukan sengaja dan hanya jadi diri sendiri. Sebaliknya berlaku apabila orang ramai tak dapat menerimanya.

KALAU TAK BIJAK, TAK KAN DAPAT CEMERLANG PERINGKAT PENGAJIAN

Ketika dia dituduh kurang bijak, sedangkan dia memperoleh cemerlang di peringkat pengajian sekolah sehinggakan menyambung belajar dalam bidang perniagaan.

“Saya dikatakan kurang bijak. Tapi saya tidak sebegitu. Saya dapat 4A masing-masing pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi Sijil Pelajaran Maalaysia (SPM) saya dapat 5A.”
“Andai saya tidak bijak, buat apa saya sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan.” Ujar Mawar perihal sejarah lama.

Logiknya mungkin ketika dalam pertandingan, perasaan gemuruh mengawasi diri. Apa pun kesilapan lalu sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Lihat sahaja kini Mawar pun dah berjaya dalam kerjaya lakonannya.

Kongsi artikel ini: