Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tanah air kita mengalami kecelaruan dalam tampuk pemerintahan baru-baru ini apabila Parti Bersatu mengumumkan keluar dari kerajaan Pakatan Harapan dan bergabung dengan parti pembangkang.
MUHYIDDIN YASSIN UMUM BARISAN KABINET BARU
Lalu mewujudkan kerajaan baharu yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Lama rakyat berteka-teki, akhirnya beberapa hari lepas Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan barisan kabinet yang bakal menjadi tunjang negara.
Antara yang menjadi tarikan masyarakat adalah pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Sri Dr Zulkifli Albakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mana, rata-rata sangat bersetuju dan pelantikannya adalah sangat tepat.
PELANTIKAN DR. ZULKIFLI TURUT DISENANGI RAKYAT NON-MUSLIM
Ramai yang selesa dengan Dr. Zulkifli ini kerana sikapnya yang cakna dan juga sering kali berhubung dengan masyarakat berkaitan agama. Menjadikan platform media sosial sebagai perantaraan untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan umum sebelum ini.
Bukan masyarakat Islam sahaja yang menyenangi dengan keputusan ini, malah warga non-muslim turut sama selesa dengan pelantikan Dr. Zulkifli ini dalam barisan kabinet baru. Ianya diluahkan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Siang Siang beberapa jam yang lepas.
TAK CAMPUR ADUK URUSAN DAKWAH DAN JUGA POLITIK
Menurut jejaka ini, dia sangat selesa dengan perwatakan Dr. Zulkifli yang mana tidak melibatkan diri dalam dunia politik dan hanya fokuskan diri dalam urusan dakwah semata-mata.
Kesimpulannya, apabila kita ikhlas dalam sesuatu pekerjaan, sudah pasti ianya akan dihargai oleh ramai orang. Sama-sama kita doakan agar bekas Mufti Wilayah ini dapat menjalankan tanggungjawab baru dengan sebaiknya.
Kredit: Facebook Siang Siang