Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Over Sangat Berpakaian! Didakwa Untuk Umpan Mata Lelaki, Elizabeth Tan Buka Mulut Ulas Isu Pakaiannya

Kita sering memanggilnya dengan nama singkatan Lizzy. Nama sebenar beliau ialah Elizabeth Tan Su Mei, merupakan seorang selebriti berketurunan Cina. Dia antara artis bukan melayu yang berjaya mencipta nama dalam industri hiburan.

Lizzy dilahirkan pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur. Pada awalnya bakatnya dicungkil melalui nyanyian di YouTube. Kemudian mendapat kepercayaan ramai pengarah untuk beralih ke bidang lakonan pula.

Sumber Instagram

LIZZY SERING TERIMA KOMEN KURANG BAIK DI IG

Melihat kepada laman instagram selebriti cantik ini, dia sering kali menerima komen yang tidak senonoh daripada peminat lelaki gara-gara gambar yang dikongsikan dikatakan agak menarik minat si mata keranjang.

Justeru, Lizzy tampil menafikan dakwaan yang dia berpakaian sedemikian bagi memikat kaum lelaki. Bagi dirinya, gambar yang dikongsikan tidak lah terlalu over seperti mana dakwaan orang ramai.

Sumber Instagram

Jika tidak, sudah pasti ibunya individu pertama yang akan menegurnya agar lebih berhati-hati dalam membuat pilihan pakaian dan peragakan kepada umum.

TAK SALAH BERFESYEN LAGIPUN USIA MASIH MUDA

Jelas Lizzy, dia beranggapan tidak salah jika ingin membawa fesyen yang dia minati memandangkan usianya yang masih muda. Lagipun dia tidak lah berlebih-lebih dalam berfesyen seperti bintang k-pop yang mengenakan baju singkat.

Tambahnya, dia hanya berkongsikan gambar yang hanya bersesuaian di mata peminat sahaja. Sebagai selebriti, dia tidak dapat lari dari komen-komen negatif. Dan dia memohon maaf untuk itu, jika cara pemakaiannya masih lagi tidak disenangi ramai.

Sumber Instagram

PEMINAT  HARUS PANDAI MEMBEZAKAN LATAR BELAKANG ARTIS

Kita sebagai peminat harus sedar dengan siapa kita berinteraksi. Sebagai contoh Lizzy yang berlatar belakangkan keluarga dan budaya Cina. Sudah pasti baginya dengan berpakaian sedemikian adalah normal.

Menegur tidak salah, tapi biar lah berlapik bahasanya agar perkara yang ditegur itu mudah untuk dihadam dan diterima baik. Apa pun guna lah bahasa yang sopan.

Kepada Lizzy pula, anggap lah teguran daripada peminat ini sesuatu perkara yang membina. Kita yang hidup dalam budaya dan masyarakat berbilang kaum mempunyai batas yang berbeza. Semoga maju jaya dalam kerjaya seni kelak.

Kongsi artikel ini: