Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hubungan perkahwinan bukan lah mudah seperti yang disangka. Ianya perlu disusuli sikap tanggungjawab kedua belah pihak dan juga saling menerima kekurangan antara satu sama lain.
ISTERI SUFI DIDAKWA BERPAKAIAN MENJOLOK MATA
Bercerita soal perkahwinan, hubungan sesuatu pasangan selebriti sering mendapat perhatian ramai. Segala sudut dan gerak geri akan diperhatikan umum dan menjadi persoalan peminat.
Terbaru adalah kisah rumah tangga penyanyi kelahiran Singapura iatu Sufi Rashid dan juga isteri iaitu Nurulain Md Yusof.
Dikhabarkan isteri Sufi ini menerima banyak kritikan daripada netizen berpunca dari cara pemakaiannya yang tak bersesuaian dengan status sebagai isteri orang.
Tidak berdiam diri, akhirnya Aen tampil membuka mulut menjelaskan pendiriannya berpakaian sebegitu. Pada awalnya dia tidak marah dengan teguran kerana ia mampu menyedarkan kita.
TERIMA TEGURAN MELAMPAU
Tetapi makin lama dibiarkan, teguran yang dilontarkan netizen agak melampau sehingga melibatkan nama baik suaminya.
Menerusi IG Story yang dimuat naik beberapa jam yang lepas, dia menjelaskan bahawa cara berpakaian sudah lama begitu sebelum kenal Sufi lagi. Mungkin sebagai isteri selebriti, baru orang nampak dan jadi perhatian.
Sejak bergelar isteri Sufi, Aen dah pun mula mengubah cara pemakaian. Tetapi tidak secara drastik, cuma secara perlahan-lahan kerana suaminya juga ada menegur apa yang patut dia tinggalkan.
DAH TANYA SUAMI SEBELUM BERPAKAIAN
Sebelum ini, dia akan bertanyakan pendapat dari Sufi dari aspek pemakaian sebelum ditunjukkan kepada umum. Dan kini dia pun dalam proses untuk menjadi ke arah yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Tambah Aen lagi, dia tiada masalah jika netizen ingin menegurnya. Tetapi biar lah berpada-pada dan kena dengan bahasanya. Baru lah penyampaian teguran itu dapat diterima secara baik.
Natijahnya, bukan mudah untuk menjadi individu yang sering mendapat perhatian. Selagi kita mampu jaga perwatakan dan juga pakaian secara baik, abaikan toksik sekeliling.
Jika teguran itu membina untuk kita, tak salah untuk buang ego dan perbaiki demi kebaikan diri sendiri kelak.