Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bergambar Dengan Mini Neelofa, Renungan Tajam Mata Jebat Jayden Tarik Perhatian Netizen

Masih ingat dengan kembar Neelofa versi mini Lopa? Sebelum ini heboh di media sosial seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Adik Naura memiliki rupa paras persis selebriti terkenal dari Pasir Mas, Kelantan tersebut.

Sumber Instagram

ADIK NAURA JADI TETAMU UNTUK KONTEN YOUTUBE NABILA

Difahamkan Adik Naura turut memiliki darah Kelantan sebelah ibunya yang berasal dari Tanah Merah. Sejak kisahnya diketengahkan media, namanya mula medapat perhatian ramai dan pengikut di Instagram mula bertambah dalam masa yang singkat.

Dalam perkembangan terbaru, Adik Naura telah dijemput sebagai tetamu dalam konten YouTube kakak Neelofa iaitu Noor Nabila yang mula menjadikan platform ini sebagai tempat berkongsi masakan.

Sumber Instagram

Seiring dengan permintaan semasa, Nabila kini dilihat aktif bersama saluran barunya itu dengan menjemput berlainan selebriti untuk menemaninya di dapur.

MIMIK MUKA JEBAT PANDANG NAURA TARIK PERHATIAN

Apa yang menjadi perhatian netizen pada kali ini adalah gambar yang dimuat naik oleh Adik Naura di Instagram miliknya beberapa jam yang lepas bersama Jebat Jayden.

“Alhamdulillah harini Naura happy sangat dapat jumpa Aunty @noornabila and Uncle @rosixomar tak lupa juga babycomellll @jebatjayden. Cuba teka apa kitaorang buat?” Kongsi Naura dengan pengikutnya.
Sumber Instagram

DAH MACAM ADIK BERADIK MEREKA BERTIGA NI

Melihat kepada perkongsian ini, netizen berseloroh bahawa anak Nabila, Jebat keliru kenapa ibu saudaranya boleh jadi kecil. Dengan reaksi Jebat sebegitu, ramai yang memuji bahawa mereka bertiga dah sesuai untuk jadi adik-beradik.

Sumber Instagram

Jebat pula sempat menjeling ke arah Naura, seolah-olah tidak kekok bersama. Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dengan perkongsian Adik Naura dan memuji kecomelan kedua si kecil ini.

Semoga Adik Naura dimurahkan rezeki untuk membantu keluarganya kelak dan membesar menjadi individu yang berjaya sama seperti kembarnya, Neelofa.

Kredit: Instagram Adik Naura

Kongsi artikel ini: