Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[VIDEO] Allah Uji Sebab Sayang! Lahir Tanpa Kedua Kaki, Adik Ini Sebak Dengar Ceramah Ebit Lew. Meruntun Jiwa Penonton

Nama penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew tidak perlu diperkenalkan lagi. Segala perkongsian ilmu agamanya sangat dekat dengan masyarakat kita dan mudah untuk diterima.

TERKENAL DENGAN PENYAMPAIAN YANG LEMAH LEMBUT

Ini kerana sifat penyampainya yang lemah lembut dan juga sering turun padang, mendekati masalah-masalah sosial anak muda dewasa kini.

Dia juga lebih banyak mengajak kita untuk berubah dan mengenal Allah berbanding terjah dan menghukum seseorang itu secara membuta tuli.

Lihat sahaja ceramah kendalian beliau, bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak juga turut berminat menyertai bagi mendapatkan ilmu.

Sumber Facebook

ADIK KELAINAN UPAYA TURUT HADIR, LAHIR TANPA KAKI

Dalam perkongsian terbarunya di laman Facebook, Ebit Lew ada temu bual salah seorang peserta yang menyertai ceramahnya. Dia adalah seorang kanak-kanak yang kelainan upaya, tanpa kedua belah kaki sejak dilahirkan lagi.

Dikenali sebagai Adik Dhiya, dia sangat khusyuk mendengar tutur kata dari Ebit dan mencatit setiap perkara penting yang disampaikan. Sekali gus menarik minat Ebit untuk lebih mengenali insan istimewa ini.

Menurut Ebit, sepanjang dia menyampaikan ilmu, Adik Dhiya sentiasa mengalirkan air mata, terkesan dengan pengajaran yang diberikan.

“Sebak menangis rasa. Adik Dhiya cantik comel ni tiada kedua belah kaki semenjak lahir. Ya Allah. Dari mula sampai akhir duduk depan sekali. Khusyuk mendengar. Sepanjang ceramah menangis dan tekun mencatat semua isi ceramah saya. Periksa dapat A jer. Ya Allah betapa baiknya anak ini.”

TIADA KEKURANGAN, DAH CUKUP SEMPURNA

“Berilah kekuatan padanya. Jagakanlah Dhiya ini terus kuat dan panjangkan umur berkat rezeki umur menjadi matahari hidayah.”
“Tersebarnya Islam ke seluruh dunia. Berjuta rahmat yang kau beri pada anak dan ibu bapanya, berilah sedikit rahmat buat diriku.” Kongsi Ustaz Ebit Lew di Facebooknya.

Fizikal tidak melambangkan cacatnya seseorang. Adik Dhiya dah cukup sempurna kerana memiliki rupa paras yang cantik dan keperibadian yang baik.

Semoga Adik Dhiya sentiasa kuat dan membesar menjadi seorang anak yang solehah serta berjaya dalam kehidupannya kelak.

Kongsi artikel ini: