Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mengejutkan Peminat! Tak Cabut Tudung Lepas Tunai Umrah, Imej Baru Ayda Jebat Cetus Tanda Tanya Netizen

Kejayaan Ayda Jebat dalam industri lakonan tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia antara selebriti yang mempunyai kelab peminat yang sangat aktif. Sedikit latar belakang pelakon ini, nama sebenarnya ialah Nur Suhada binti Jebat.

MULA DENGAN NYANYIAN, TAPI REZEKI DALAM LAKONAN

Dia dilahirkan pada 17 Mac 1992 di Ayer Keroh, Melaka. Bercerita soal kerjaya seni, Ayda mula menempah nama menerui program realiti Akademi Fantasia musim ke-9. Mungkin tiada rezeki dalam nyanyian, dia akhirnya mendapat tempat dalam dunia lakonan.

Namanya mula dikenali menerusi watak Armel Aisya dalam drama Rindu Awak 200%, lakonan bersama Zul Ariffin. Sekali gus dia diangkat sebagai Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era.

Menarik tentang pelakon cantik ini adalah mengenai penampilannya. Umum mengetahui dia antara seorang artis yang baru sahaja selesai mengerjakan ibadah umrah pada beberapa hari yang lalu.

Menjengah ke laman Instagram pelakon ini, hampir keseluruhan gambar barunya kekal berhijab. Bagai suatu petanda baik yang dirinya sudah pun ada imej baru untuk ditunjukkan kepada peminat.

BAYANGAN IMEJ BARU, AYDA DAH BERTUDUNG

Yang menguatkan lagi dakwaan ini adalah perkongsian dari pengarah dan juga penerbit terkenal iaitu Sheila Rusly apabila dia turut memuat naik sekeping gambar bersama Ayda dan beberapa lagi rakannya.

Yang menjadi hint adalah kepsyen gambar tersebut yang berbunyi “moga kita istiqomah” sekali gus membuatkan ramai peminat Ayda rasa teruja dengan perkembangan baik artis kesayangan mereka sejak pulang dari Tanah Suci Mekah.

RAMAI PEMINAT SETUJU DAN MEMUJI

Menjengah kepada reaksi peminat, ramai yang terkejut dan mengandaikan bahawa Ayda akan terus dengan imej bertudung. Mereka berharap agar dia kuat dan cekalkan hati untuk sentiasa berpenampilan menutup aurat sebegini.

Bukan mudah seseorang pelakon untuk mengambil keputusan ini memandangkan mereka terikat dengan tuntutan kerja dan adengan lakonan. Apa pun peminat mengharapkan yang terbaik buat Ayda.

Tidak ketinggalan, ramai juga yang memuji kecomelan dan manisnya wajah Ayda dengan imej bertudung yang ditampilkan. Ini lah dinamakan berkat umrah yang dia lakukan.

Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik dan berharap dia kekal istiqomah dengan jalan yang dia pilih.

Kongsi artikel ini: