Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bila Yusri KRU Dah Masuk Air! Episod Paling Lawak Dalam I Can See Your Voice, Sampai Penonton Tak Kering Gusi

Rancangan I can See Your Voice semakin mendapat tempat di hati peminat. Pada musim yang baru ini, format rancangan masih lagi sama cuma yang bezanya adalah gelagat dari kalangan selebriti.

Bagi yang tidak pernah menonton rancangan ini, I Can See Your Voice adalah berasal dari Korea Selatan yang mana artis jemputan perlu meneka penyanyi sebenar dan peserta pula perlu berlakon bernyanyi melaui nyanyian lip sync.

Artis jemputan ini akan dibantu oleh beberapa orang panel yang kononnya mahir dan berpengalaman meneka. Mereka juga adalah daripada rakan artis.

Setiap episod, terdiri daripada 6 orang peserta dan dalam kalangan mereka ada penyanyi sebenar dan ada juga sebagai penyamar.

EPISOD PALING MASUK AIR SETAKAT NI

Pengacara untuk rancangan ini pula adalah Syuk dan juga Sean. Jadi faham-faham sendiri lah macam mana suasana studio apabila Shuk ini mengacara. Ada sahaja benda yang akan disakatnya menjadikan studio penuh gamat.

Dalam banyak-banyak episod, malam tadi merupakan antara yang paling diminati ramai. Mana tidaknya boleh dikatakan gelak ketawa dah macam menonton Maharaja Lawak Mega pula jadinya.

Ianya bermula apabila ada salah satu adengan peserta telah membuat panel juri melarikan diri sewaktu dia sedang membuat persembahan. Ini kerana tekaan daripada panel adalah salah dan “dia” adalah penyamar yang berjaya berlakon dengan baik.

SEMUA JURI LARI KELUAR SETELAH DENGAR NYANYIAN PENYAMAR

Setelah mendengar suara yang kononnya “lunak” akhirnya kesemua juri melarikan diri sambil mengangkat kerusi, masing-masing keluar daripada pentas. Bayangkan Yusri KRU yang sentiasa serius turut sama masuk air, cabut lari bersama panel yang lain.

Part penyamar yang sedang bernyanyi pulak, konfiden dia lain macam mengalahkan penyanyi profesional. Boleh pulak dia layan perasaan atas pentas sehingga lah habis satu lagu biar pun lirik dan nada ke laut.

Ini adalah antara episod paling diingati ramai dengan gelagat panel juri dan juga kejayaan lakonan penyamar. Diharapkan rancangan sebegini diteruskan dalam menghiburkan orang ramai.

KREDIT VIDEO:

Kongsi artikel ini: