Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Semalam merupakan Hari Wanita Sedunia yang mana ianya dirai bagi menghormati golongan wanita di seluruh dunia. Saban tahun ianya disambut pada setiap 8 Mac.
RAI HARI WANITA SEDUNIA, REBECCA KAGUM DENGAN UJIAN DILALUI WANITA INI
Tidak ketinggalan, pelakon cantik iaitu Datin Rebecca Nur Al-Islam turut meraikan Hari Wanita Sedunia ini. Yang menariknya adalah dia ada berkongsikan kisah yang sangat jarang kita dengar.
Dia ada mengenali seorang wanita iaitu Wani Ardi, yang baru dikenali menerusi rancangan temubual di salah sebuah program televisyen baru-baru ini.
LAHIR TANPA RAHIM
Dia sangat kagum dengan Wani ini kerana difahamkan wanita tersebut dilahirkan tanpa rahim. Walau bagaimanapun kekurangan dimiliki tidak mematahkan semangat untuk dia meneruskan kehidupan seperti orang normal lain.
Malah dia sentiasa kekal bersemangat dan bersyukur biar pun kekurangan ini adalah ujian terbesar dalam hidupnya.
BERLAKU BAGI SETIAP 5000 WANITA
Wani atau nama sebenarnya ialah Nur Syazwani binti Abdul Rahim merupakan seorang penulis kreatif dan juga penyanyi-penulis lagu bebas di Malaysia.
Kekurangan dia hadapi ini dikenali sebagai Sindrom Mayer–Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH). Ianya adalah gangguan kongenital yang mana hanya berlaku bagi setiap 5000 wanita.
TURUT BERKONGSI CERITA DAN BERI SEMANGAT KEPADA YANG LAIN
Konklusinya, senantiasa lah kita bersyukur dengan apa sahaja keadaan. Kerana dengan rasa redha ini akan membuatkan hati kita berada dalam keadaan tenang dan sentiasa bersedia.