Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bermacam ragam kita dapat lihat gelagat remaja yang menyambut kejayaan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak ianya diumumkan beberapa hari yang lepas.
Tidak dinafikan bahawa di peringkat SPM ini, ia membuka peluang kepada pelajar untuk kejar cita-cita yang mereka inginkan. Di sini lah mereka perlu membuat pilihan yang bijak agar tidak tersalah pilih kursus pengajian kelak.
KONGSI GEMBIRA DENGAN ALLAHYARHAM BAPA
Tak lengkap rasanya kejayaan ini tidak diraikan dengan orang tersayang. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ainie Hamid berkongsikan kisah yang menyayat hati di mana anak lelakinya “melawat” ayahnya bersama keputusan cemerlang SPM.
Difahamkan anaknya bernama Muqriz Ukasyah merupakan antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM dari Sekolah Menengah Agama Nurul Iman, Bukit Cherakah, Shah Alam.
AYAH PERGI SEWAKTU PERCUBAAN SPM
Sebelum ini dia dan keluarga diuji apabila bapa kesayangan dijemput Illahi sewaktu dia sedang menduduki percubaan SPM.
Muqriz menukar aura sedih itu kepada suatu perkara yang positif yang mana menanam niat untuk bangkit dalam peperiksaan SPM yang sebenar dan hasilnya dia berjaya membuatkan si ibu menangis gembira.
Bagi ibunya, Ainie berasa sedikit hiba melihat keadaan anaknya yang berada dalam kesedihan di pusara ayahnya sambil memegang slip SPM yang diperoleh, cuba berkongsi kegembiraan bersama Allahyarham bapanya.
AKAN BERUSAHA DIDIK ANAK SEBAIKNYA
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak untuk jadi seimbang dari segi pelajaran dan juga akhlak. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua agar dapat memberikan kasih sayang terbaik buat anak-anak.
Kredit: Ainie Hamid