Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kenyataan Diputar Belit! Akhirnya Syifa Melvin Tampil Mohon Maaf. Ikuti Penjelasan Sebenarnya Isu Setinggan & PPRT

Beberapa hari lepas, nama adik Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin menjadi sebutan ramai. Belum reda namanya dikaitakan dan menjadi punca kemerosotan Safawi Rasid di atas padang, timbul pula isu baru.

BELUM REDA SATU ISU, ISU LAIN PULA KELUAR

Video ketika dia sedang pakai turban, dia ada mengulas bahawa dengan memakai turban tersebut boleh menampakkan seseorang wanita itu jadi cantik dan mewah biarpun duduk rumah setinggan atau PPRT. Namun, lain pula fahaman netizen dan memanipulasikan ayatnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Semua Perempuan Cantik Tu Bijak! Netizen Berang Kenyataan Syifa Melvin Perlekeh Setinggan & PPRT

Seakan sedar kenyataan tersebut membangkitkan rasa kurang selesa orang ramai, terbaru Syifa tampil menjelaskan niatnya yang sebenar dan memohon maaf secara terbuka menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu.

Sumber Instagram

KENYATAAN DI SALAH ERTI, MANA MUNGKIN NAK HINA ORANG SUSAH

Jelas Syifa, aksi yang dia ketawa bersama temannya itu bukan lah memperlekehkan penduduk setinggan dan juga PPRT. Tidak sama sekali jelasnya!

Cuma apa yang dia ingin sampaikan adalah material turban yang dihasilkan, termasuk lah kain satin dan kombinasi warna menjadikan ia nampak mewah biar pun kat mana kita berada, kita masih nampak yakin.

Ramai yang membuat andaian dan salah erti penyampaian Syifa sehingga boleh timbul isu ftnah. Tak mungkin dia ingin perlekehkan orang yang susah kerana dia pun bukan lah dari golongan keluarga yang kaya.

AMBIL MASA UNTUK MOHON MAAF

Syifa mengambil masa untuk tampil memohon maaf kepada umum kerana enggan menyulitkan lagi keadaan. Memandangkan masing-masing dalam keadaan beremosi, sudah pasti orang ramai sukar untuk menerima penjelasannya.

VIDEO PERMOHONAN MAAF SYIFA MELVIN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #KunciCintaAbadi (@syifamelvin) on

Sebagai kesimpulan, hidup di zaman teknologi ini kita perlu lebih berhati-hati menjaga percakapan. Terutama individu yang bergelar public figure. Orang lebih nampak diri kita dari sisi negatif berbanding sebaliknya.

Ini lah yang dinamakan kehidupan. Tiada insan bergelar manusia yang tidak pernah berdosa. Semoga kejadian ini mematangkan lagi kehidupan Syifa dan sentiasa maju jaya dalam kerjayanya.

Kongsi artikel ini: