Kehidupan di era kini berbeza dengan sebelumnya. Perubahan zaman dan cara kerja secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan.

GAYA HIDUP KINI UBAH PENJAGAAN KESIHATAN

Keluar awal pagi untuk ke tempat kerja dan balik lewat malam menjadikan rutin ini suatu perkara yang tidak sihat. Masyarakat kita tiada masa untuk bersenam ataupun rehatkan badan sekali gus mengundang rasa tertekan dalam diri.

Bila tekanan ini wujud, mula lah update status di media sosial walhal perkara sebegitu sebenarnya boleh mengundang banyak lagi persepsi negatif dari pengguna media sosial yang lain.

Seorang selebriti terkenal, iaitu Sharifah Sakinah terkenal dengan gaya hidup yang sihat. Sebelum ini dia ada berkongsikan penjagaan kesihatan dan amalam permakanan di laman instagramnya kepada peminat.

SAKINAH KONGSI, PETAI MAMPU CEGAH STRES

Dan terbaru, dia ada berkongsikan tentang isu kemurungan dan stress ini, yang boleh dielakkan hanya mengambil ulaman. Lebih tepat lagi ulaman tersebut adalah petai.

Yes, mungkin setengah orang tak suka dengan petai kerana boleh membuatkan mulut kita berbau. Hakikatnya petai mendatangkan banyak khasiat tanpa kita jangka.

“Content makanan kedua : petai.”
“Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai.”

PETAI ADA PROTEIN YANG MAMPU UBAH KITA LEBIH RILEKS

“Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. (Sumber gugel)” Kongsi Sakinah.

Melihat kepada respon Sakinah, kita yang hidup di akhir zaman ini tidak dapat lari dari masalah anxiety serta kemurungan.

Jadi, dia sarankan orang ramai ubah cara permakanan snek dengan menyediakan sayuran hijau, terutama petai ini.

Mungkin kedengaran fakta ini agak pelik. Tapi tak salah untuk mencuba. Penulis cadangkan cuba dahulu dalam bentuk masakan berbanding kunyah petai secara mentah.

Semoga perkongsian Sakinah ini membuka mata masyarakat kita dalam menjaga kesihatan tubuh badan terutama kesihatan mental.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here