Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kejadian yang menimpa usahawan selebriti, Dato’ Seri Aliff Syukri sedikit sebanyak memberi tekanan buat beliau. Belum reda isu dengan keluarga Ali Puteh, dia sekali lagi mencetuskan buah mulut netizen gara-gara memkul anak angkatnya.
Pelbagai kritikan yang dilontarkan umum terhadap figura ini, seolah-olah dia tidak bertanggungjawab dan melayan tidak adil terhadap anak angkatnya itu.
ALIFF SYUKRI MOHON MAAF DI IG STORY
Sebelum ini Aliff ada menyuarakan untuk membuat sidang media, namun ianya ditangguh memandangkan pihak polis masih lagi menguruskan siasatan.
Beberapa jam yang lepas, usahawan dan juga penyanyi Bobo Di Mana ini ada memuat naik video di Insta Story. Dalam video yang berdurasi 15 saat itu, dia memohon maaf kepada umum sekiranya pernah menyakitkan hati sesiapa.
Memandangkan dia tidak ingin mencipta atau ada masalah dengan sesiapa pun. Berikut petikan ucapan Aliff:
ENGGAN ADA MASALAH DENGAN MANA-MANA PIHAK
Walau bagaimanapun, ucapan permohonan maaf tersebut tidak diperincikan kepada mana-mana isu. Mungkin dengan kejadian terbaru membuat dia berasa sedar dengan teguran ramai pihak.
VIDEO PENUH:
Bagi isu anak angkatnya itu, sebelum ini penulis ada berkongsikan ulasan dari isterinya, Datin Seri Shahida.
Jelasnya dia enggan memberikan apa-apa komen, Cuma menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan.
Kesimpulannya, memaafkan kesilapan orang itu antara perkara paling mulia. Kita doakan sahaja yang baik-baik buat usahawan ini dan keluarga mereka agar tidak mengulangi kesalahan yang sama kelak.